Our Chat Room

Tuesday, March 8, 2011

Kami Masih Di Sini

Seorang wanita dalam usia yang Aku kira masih muda. Dia mendukung anak yang masih kecil. Masih tidak mengerti peritnya hidup di dunia dengan keadaan yang serba kekurangan
Kias pagi makan pagi.
Begitulah rutin hidup keluarga ini. Di rumah inilah mereka tinggal Tidak ada kipas angin, Tidak ada penghawa dingin. Udara pagi itulah penghawa dingin.

Rumah yang ada sekadar yang ada. Sekadar untuk berteduh dari hujan dan panas.Bumbungnya beratapkan zink. Bila mentari memanjat tengahari bahan panas menusuk kulit. Panas mengalir peluh ke dahi.

Rumahnya berdindingkan pelupuh, dari anyaman batang buluh yang tumbuh penuh di hutan.
Aku fikir sudah tidak ada rumah seperti ini di Malaysia. Aku hanya sehari di sini.
Negaraku Malaysia yang kaya raya masih ada insan yang hidup sebegini.

Rumahnya, rumah bambo.
Pintunya,pintu bambo.
Di sinilah wanita ini membesarkan anak-anaknya di daerah yang kaya dengan kemiskinan.
Aku hanya baru sehari di sini.
Kita seakan-akan lupa pada derita dan luka mereka ini.
Kita seolah-olah biarkan luka ini meroyak dan menanah.

Aku tidak menyangka adanya keadaan seperti ini di negaraku.
Aku baru hanya sehari di sini. Baru sehari merasakan kepedihan luka ini.
Hanya sehari melihat anak-anak berpakaian lusuh.
Baru sehari aku tidak menonton tv dan mengadap komputer.
Baru sehari jauh dari kebisingan kota.
Di sini serba tiada.

Dan selepas itu aku pulang menjalani kehidupan sehari-hari ditaman. Semua kemudahan ada.Lebuhraya,supermarket dan kehidupan yang serba moden, Melihat ibu-bapa membawa anak-anak ke Kenturky,ke MacDonald dan berpesta di pusat beli belah.

Aku teringat kembali pada keluarga di daerah pedalaman ini. Mereka terus menjalani kehidupan ini sampai bila. Mimpi buruk terus menghantui mereka. Tidur dan bangun mereka tetap melihat hari-hari yang penuh kelabu. Pun begitu mereka terus berjuang. Lawan tetap lawan!

3 comments:

  1. Kita masih boleh bersyukur kerana dapat berteduh di bawah bumbung yang dibuat daripada atap nipah.Masih ramai yang homeless tidur di bawah jambatan dan di tepi kaki lima.Meminta belas ikhsan sambil memetik gitar di tube station tanpa segan silu.Itulah simbol negara maju.Beratap nipah dan berdinding buluh adalah penghuni masyarakat miskin 30 tahun yang lalu.Agak pelik juga masih ada insan yang kurang bernasib baik di zaman komputer/IT.Kit perlu tubuhkan dana PISGAYACOLLEGE untuk sumbangan ikhlas agar insan yang malang dapat hidup seperti kita.Kalaulah kita dapat reunion tentu banyak perkara yang kita boleh buat.Harap-harap PISGAYACOLLEGE tidak akan ditalkinkan sebelum pertemuan keramat ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau kita masuk rumah orang kenalah bagi salam atau perkenalkan diri.Kita tidak benarkan 'stranger'masuk takut berlaku perkara yang tidak elok.Perkenalkan diri anda dulu.Takkanlah nak kenal sdr momin sorang kut.Tak mau kenal lain-lain member kita.

    ReplyDelete
  3. Cadangan Tuan Salim tu Aku cukup setuju dan sokong.Untuk lebih luas lagi penyertaannya apa kata kita namakan EX-MPG Kota Kinabalu.

    ReplyDelete