Our Chat Room

Wednesday, March 9, 2011

Surat Dari Ibu Kota, Telefon Daripada Pengetua



Menerima hadiah daripada pengetua,Puan Zainab Shafie

Ya,aku sudah bersara sebagai seorang guru. Tapi aku terus dengan kerja lain. Dalam erti kata yang sebenar aku belum bersara. Biarlah hal itu tinggal cerita. Tinggal dalam lipatan sejarah hidup aku.

Aku menefon sekolah yang terakhir aku mengajar. Pengetuanya seorang wanita. Puan Zainab Shafie namanya. Puan Mashitah Binti Rejab,Penolong Kanannya.

Aku menefon sekadar bertanya tentang alamat aku sudah diperbetul atau belum. Kata Puan Sharifah Din sudah diperbetulkan. Tapi pihak masih JPA masih belum memperbetulkan alamat aku. Tapi sampai juga ke rumah aku kerana semua posman kenal dengan aku. Aku bersyukur dengan kerja baik posman di Pekan Simpang Ampat.

Kata Puan Sharifah yang selalu aku panggil Sharifah Saja bila ada orang bertanya tentangnya. Bukan apa sebab ada dua Sharifah. Pertama Sharifah Farhan. Kedua Sharifah Din, yang aku panggil Sharifah Saja! Kadang-kadang aku panggil "Kak Pah". Orangnya masih muda,mudah senyum,putih kuning orangnya.

"Pengetua nak jumpa,''kata Kak Pah.
"Cikgu Shakir boleh datang ke sekolah tak? tanya Puan Pengetua.
"Petang boleh Cikgu."
"Petang saya ada mesyuarat."
"Okay,saya datang sekejap lagi."
Aku tertanya-tanya apa hal pengetua nak jumpa dengan Aku. Semua kerja sudah beres. Hutang pun tiada. Buku yang aku pinjam daripada perpustakaan sudah lama dihantar. Aku tak tahu kenapa pengetua panggil aku. Pergi sajalah. Aku malas nak bertanya tadi. Aku pergi juga kerana Puan Pengetua ini baik orangnya. Segan juga kalau tak pergi. Orang berbahasa,aku kenalah mengerti.

Di pejabat pengetua ada tetamu.Entah dari mana. Puan Pengetua mengangkat tangan tanda nampak kedatangan. Aku tunggu sambil baca majalah lalu disapa oleh Puan Mashitah.Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini.

Aku menunggu tidak lama. Tetamu keluar. Aku persilakan masuk ke pejabatnya yang kemas dan selesa itu. Puan Mashitah juga dipanggilnya masuk. Dia tidak berkata apa-apa. Dia berdiri,Puan Mashitah dan Aku pun terdiri. Tiada suara,tiada kata-kata. Di hadapan kami sudah bersedia seorang 'jurugambar'. Puan Pengetua menghulur 'benda' berwarna coklat empat segi. Gambar kami dirakam. Sebuah album kenangan hari aku bersara dihulur.

Lalu Aku buka lembarannya.
"Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan yang mana
Dapat kita bertemu lagi

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi."

Terima kasih Puan Pengetua.
Terima kasih Puan Mashitah.
Terima kasih Puan Sharifah Din@Sharifah Saja.
Terima kasih Puan Piza.
Terima kasih Cik Mahyun.
Terima kasih Kak Siti CC.

Kata pantun Melayu:-
Anak haruan lima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Shakir Taha.


No comments:

Post a Comment