Our Chat Room

Sunday, March 20, 2011

Namanya Melayu

Aku diberi tahu oleh seorang kawan.Kawan itu kawan baik Aku. Dia pernah bekerja dengan surat khabar. Jadi pemberita. Selepas dia berhenti sebagai pemberita, dia melibatkan diri dalam perniagaan.

Perniagaannya berjalan baik. Isterinya masih bekerja dengan kerajaan. Selepas menghantar isterinya ke rumah dia singgah di kedai kopi. Aku menunggu dia di situ seperti yang dijanjikan. Dia bercerita pasal tsunami di Jepun. Katanya masalah sosial di Jepun sangat teruk. Macam di Aceh katanya. Kalau di Malaysia kita ada "Along". Malah di Acceh lebih banyak "Along".

Tapi kali ini dia bercerita tentang masalah sosial di Malaysia. Masalahnya semakin gawat. Tapi orang semakin tak kisah. Kisahnya tentang sepasang suami isteri.

Sepasang suami isteri ini bekerja dengan sebuah syarikat milik" Mat Salleh". Suami isteri cukup baik dengan "Mat Salleh". Mereka hanyalah pekerja biasa. Tapi kehidupan mereka cukup mewah. Ini semua kerana mereka cukup baik dan mesra dengan "Mat Salleh" itu. Mat Salleh ini bukanlah tangkal gering.

Kalau ke luar bercuti pasti bersama "Mat Salleh". Kalau jauh mereka pasti bermalam di hotel ternama. Si suami ini tidak tidur sebilik dengan isteri. Dia tidur berasingan. Isterinya yang bermalam dengan "Mat Salleh"itu. Bukan sekali dua. Malah sudah menjadi kebiasaan membiarkan isterinya 'bermalam' dengan "Mat Salleh" setiap kali mereka ke luar bercuti.

Kemewahan yang mereka kecapi adalah 'pemberian' "Mat Salleh" sebagai tanda terima kasih! Aku semacam tidak percaya dengan cerita kawanku ini.

Tapi selang beberapa hari Aku mendapat berita yang sama tentang Melayu ini. Ya dia Melayu tapi........... Melayu yang telah hilang akarnya. Melayu yang telah hilang akal budinya.



Oleh Shakir Md Taha

No comments:

Post a Comment