Our Chat Room

Monday, January 23, 2012

Jamil Hashim@ Amirul Jamil

Lama sungguh tak jumpa dengan qari ini yang memiliki suara macam Ismail Hashim. Ismail Hashim qari yang bertaraf antarabangsa.

Saudara Jamil Hashim tidak pula menyertai sebarang musabaqah. Jadi tentunya dia tidak memenangi apa-apa anugerah.

Tiga puluhan dahulu di kolej suaranya cukup laku. Ada majlis agama suaranya lah yang kedengaran. Dia juga anggota nasyid Maktab Perguruan Gaya(1980) bersama Normadiah yang sekarang ini selalu muncul facebook.

Tuan Jamil sekarang tinggal di Alor Setar dan masih lagi mengajar(waktu cuti sekolahpun dia mengajar)

Orangnya mudah ketawa. Dan ada yang mengata mudah menangis.( Ini kena tanya Normadiah. Normadiah rakan sekelas dengan Tuan Amirul Jamil)


Oleh Shakir Md Taha

Tuesday, January 17, 2012

.: Terkini Malam

.: Terkini Malam: Anwar Saman Utusan RM50 Juta Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar U...

Wednesday, January 11, 2012

Ramlan Aziz Masih Bergaya, Yusof Maulut Awet Muda

Ramlan Aziz sampai sekarangpun aku belum jumpa batang tubuhnya. Hanya mendengar suaranya sahaja. Di Putra Jaya. Orangnya masih berjaya. Perkahwinannya dengan Salina@Sally dikurniakan 4 orang anak. Isternya Salina mengajar di SMK Kajang.

Di tengah Non,nama penuhnya Zainal Abidin Yaakob orang Perlis yang kini menetap di Butterworth,Pulau Pinang. Zainal atau lebih dikenali dengan nama Non Robert dikalangan teman-teman MPG,kini bertugas di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Di kanan sekali Tuan Yusof Maulut tokoh yang tidak asing lagi. Dia pernah menimbulkan 'keributan' kerana mengaku orang Johor. Wak ini kini, sudah bersara berasal dari Perak. Dia rakan baik Sungip Markon orang Jawa yang kuat makan tempe. Mereka ini sama-sama handal. Yusof dan Sungip punya anak yang ramai.( Boleh pinta petua daripada mereka). Anak didik aku dari Sabah mengatakan Cikgu Yusof awet muda! Jadi sahamnya sudah naik! Aku tumpang seronok. Khabarnya selepas bersara dia menjadi saudagar minyak urat.Kalau ada yang sakit urat boleh minta ubat dengan dia. Bukan percuma!Harga boleh dirundingkan.


Oleh Shakir Md Taha

Gambar oleh Tuan Yusof Maulut



Monday, January 9, 2012

.: Ulasan Pemecatan Hasan Akidah

.: Ulasan Pemecatan Hasan Akidah: Hasan Akidah Ingat Bila Katak Menghampiri Kolam Itu Tanda Bumi Akan Gersang Reaksi pertama Hasan Ali atau Hasan Akidah mengenai pemeca...

.: Ulasan Pembebasan Anwar

.: Ulasan Pembebasan Anwar: Anwar Ingatlah Lekuk Di Mata Ini Wujud Kerana Menangisimu Pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala KLumpur ...

Saturday, January 7, 2012

.: Ulasan Isu

.: Ulasan Isu: Aduhai Hasan Ali! Buah Kepayang Yang Tidak Lagi Pahit Semasa sedang asyik mengikuti pidato mempertahankan diri dan serangan ke atas Umno...

Monday, January 2, 2012

Yusof Maulut dan Idris Pertemuan Setelah 30 tahun


Beliau tidak menyangka dapat bertemu dengan Idris Harun. Di maktab beliau lebih dikenali dengan nama Ku Deris. Sampai sekarangpun rakan-rakan MPG masih ingat nama itu.

Tuan Yusof Maulut dan isteri berasa cukup bertuah dapat berjumpa dengan rakan lamanya. Demikian juga dengan Aminah Baharuddin. Menurut Tuan Yusof yang pernah bertugas di Putrajaya, inilah kali pertama beliau berjumpa dengan Ku Deris setelah 30 tahun berlalu. Beliau bercuti dan 'berbulan madu' di pulau lagenda ini setelah menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai pelajaran di Putrajaya baru-baru ini.

Semasa di Sabah beliau mengajar di SMJK Chung Hwa Tenom,Sabah. Di sini beliau mengajar matematik dan pengajarannya amat disukai oleh anak didiknya. Setelah berkhidmat selama 5 tahun di Sabah,beliau memohon untuk bertukar ke Semenanjung bersama isterinya. Semasa di Sabah beliau dikurniakan dua orang anak. Anak yang pertama,perempuan, dan kini sudah berumah tangga.

Tuan telah melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat sarjana di universiti tempatan.

Oleh Shakir Taha

Gambar oleh Tuan Yusof Maulut.

Sunday, January 1, 2012

Ku Idris Di Langkawi


Ku Idris kawan baik di MPG. Kini masih mengajar.Dia mengajar di Pulau Langkawi. Semasa di maktab dia digelar "Menteri Kesihatan Sedunia."Seingat aku Idris Harun berasal dari Perlis.

Tahun 1987 aku pernah berjumpa dengan dia sewaktu ada urusan di Perlis. Aku singgah di sekolah dia mengajar. Dia mudah senyum. Orangnya berkulit kuning langsat,tidak banyak bercakap. Sewaktu aku ke sekolahnya dia mengajar kemahiran hidup.

Sebelum mengajar Ku Deris sama-sama membaca doa bersama dengan anak didiknya

Selepas tahun 1987 aku tidak pernah lagi bersua muka dengannya.Dan baru-baru ini Tuan Yusof Maulud bertemu dengannya di Pulau Langkawi sewaktu bercuti di pulau lagenda itu.


Oleh Shakir Taha

Gambar oleh Yusof Maulud.

The 2011 Most Sustainable Cities in Canada | Corporate Knights

The 2011 Most Sustainable Cities in Canada | Corporate Knights

Native plants help sustain birds and beneficial insects

Native plants help sustain birds and beneficial insects