Ku Idris kawan baik di MPG. Kini masih mengajar.Dia mengajar di Pulau Langkawi. Semasa di maktab dia digelar "Menteri Kesihatan Sedunia."Seingat aku Idris Harun berasal dari Perlis.
Tahun 1987 aku pernah berjumpa dengan dia sewaktu ada urusan di Perlis. Aku singgah di sekolah dia mengajar. Dia mudah senyum. Orangnya berkulit kuning langsat,tidak banyak bercakap. Sewaktu aku ke sekolahnya dia mengajar kemahiran hidup.
Sebelum mengajar Ku Deris sama-sama membaca doa bersama dengan anak didiknya
Selepas tahun 1987 aku tidak pernah lagi bersua muka dengannya.Dan baru-baru ini Tuan Yusof Maulud bertemu dengannya di Pulau Langkawi sewaktu bercuti di pulau lagenda itu.
Oleh Shakir Taha
Gambar oleh Yusof Maulud.
No comments:
Post a Comment