Our Chat Room

Wednesday, January 11, 2012

Ramlan Aziz Masih Bergaya, Yusof Maulut Awet Muda

Ramlan Aziz sampai sekarangpun aku belum jumpa batang tubuhnya. Hanya mendengar suaranya sahaja. Di Putra Jaya. Orangnya masih berjaya. Perkahwinannya dengan Salina@Sally dikurniakan 4 orang anak. Isternya Salina mengajar di SMK Kajang.

Di tengah Non,nama penuhnya Zainal Abidin Yaakob orang Perlis yang kini menetap di Butterworth,Pulau Pinang. Zainal atau lebih dikenali dengan nama Non Robert dikalangan teman-teman MPG,kini bertugas di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

Di kanan sekali Tuan Yusof Maulut tokoh yang tidak asing lagi. Dia pernah menimbulkan 'keributan' kerana mengaku orang Johor. Wak ini kini, sudah bersara berasal dari Perak. Dia rakan baik Sungip Markon orang Jawa yang kuat makan tempe. Mereka ini sama-sama handal. Yusof dan Sungip punya anak yang ramai.( Boleh pinta petua daripada mereka). Anak didik aku dari Sabah mengatakan Cikgu Yusof awet muda! Jadi sahamnya sudah naik! Aku tumpang seronok. Khabarnya selepas bersara dia menjadi saudagar minyak urat.Kalau ada yang sakit urat boleh minta ubat dengan dia. Bukan percuma!Harga boleh dirundingkan.


Oleh Shakir Md Taha

Gambar oleh Tuan Yusof Maulut



No comments:

Post a Comment