Our Chat Room

Monday, January 2, 2012

Yusof Maulut dan Idris Pertemuan Setelah 30 tahun


Beliau tidak menyangka dapat bertemu dengan Idris Harun. Di maktab beliau lebih dikenali dengan nama Ku Deris. Sampai sekarangpun rakan-rakan MPG masih ingat nama itu.

Tuan Yusof Maulut dan isteri berasa cukup bertuah dapat berjumpa dengan rakan lamanya. Demikian juga dengan Aminah Baharuddin. Menurut Tuan Yusof yang pernah bertugas di Putrajaya, inilah kali pertama beliau berjumpa dengan Ku Deris setelah 30 tahun berlalu. Beliau bercuti dan 'berbulan madu' di pulau lagenda ini setelah menamatkan perkhidmatannya sebagai pegawai pelajaran di Putrajaya baru-baru ini.

Semasa di Sabah beliau mengajar di SMJK Chung Hwa Tenom,Sabah. Di sini beliau mengajar matematik dan pengajarannya amat disukai oleh anak didiknya. Setelah berkhidmat selama 5 tahun di Sabah,beliau memohon untuk bertukar ke Semenanjung bersama isterinya. Semasa di Sabah beliau dikurniakan dua orang anak. Anak yang pertama,perempuan, dan kini sudah berumah tangga.

Tuan telah melanjutkan pelajarannya sehingga ke peringkat sarjana di universiti tempatan.

Oleh Shakir Taha

Gambar oleh Tuan Yusof Maulut.

No comments:

Post a Comment