Our Chat Room

Monday, April 2, 2012

MAT SKODING TERKINI

Tidak ramai yang mengetahui nama Harun Abdul Rahman. Aku sendiri menyebut Harun Skoding. Nama Harun Abdul Rahman hilang dikalangan warga gaya. Dan sekarang kalau sebut Harun Abdul Rahman tak siapa yang mengetahui. Contohnya Azmi Tuan yang menghubungi aku hari ini, bila dimaklumkan Harun Abdul Rahman datang ke Pulau Pinang menghantar anaknya yang baru bekerja di sini,tertanya-tanya Harun mana! Bila aku kata Harun Mat Skoding kenallah kata Azmi Tuan.

Malam itu, Aku Mamsin dan Tuan Harun Mat Skoding berbual di Puncak Kafe.Kami berbual panjang.Kisah mi maggi Tuan Omar keluar kembali dan kami ketawa berdekak-dekak. Cerita Tuan Salim Ismail berketayap hijau pun keluar.

Mat Skoding sekarang sudah ada dua menantu dan dua cucu. Diapun sudah ada JP. JP tu janggut putih. Tahun 80an Tuan Skoding kurus sangat. Kalau dengar operasi da***, Tuan Skoding pasti tidak keluar pekan Kota Kinabalu. Takut kena kes naya! Memang Tuan Mat Skoding tidak ada apa-apa. Tapi kerana badannya sinonim dengan makhluk itu terpaksalah dia mengambil langkah berjaga-jaga.

Tuan Harun Skoding masih mengajar lagi. Tapi ada hasrat nak pencen awal tapi tidak berhasrat untuk tambah lagi(berminat boleh belajar dengan Tuan Salim Ketunggap).


Oleh Shakir Taha

2 comments:

  1. Kalau nak Harun Abdul Rahman memang ramai yang tak kenal. Tapi Mat Skoding ramai tahu dan kenal.

    ReplyDelete
  2. wei kalau jumpa mat skoding mati hidup balik tak kenal dah, begitulah kehidupan, salam untuk semua rakan

    ReplyDelete