Our Chat Room

Wednesday, April 11, 2012

TIGA TAHUN YANG LALU

Tiga tahun yang lalu aku bertemu dengan dia. Dia memberi tahu yang dia ada darah tinggi. Doktor suruh dia banyak berehat. Dia membawa banyak pil. Katanya dia jarang memakan ubat ini. Ibunya juga memberi aku yang kawan ini 'malas' hendak ubat. Doktor juga menasihatkan dia supaya kerap membuat pemeriksaan kesihatan. Dia buat tak kisah.

Sewaktu aku bertemu dengan dia berkata, "Aku nak kerja sampai umur 60 tahun." Aku tidak berkata apa-apa. Cuma aku berkata, "Penyakit darah tinggi perlu banyak rehat. Jangan terlampau banyak fikir urusan kerja. Bagilah kat orang muda sama."

Kawan aku memang kaki kerja. Siang dan malam. Sekejap ke utara,sekejap ke selatan, selepas itu mesyuarat kat Putrajaya. Memang sibuk sungguh. Aku akui memang dia seorang yang dedikasi terhadap kerja. Tapi dalam waktu yang sama dia harus berlaku adil terhadap dirinya. Dirinya juga punya hak. Hak terhadap diri perlu ditunaikan. Dirinya perlu rehat yang cukup. Sayang sekali hak terhadap dirinya diabaikan. Dalam hal aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku cuma boleh memberikan pandangan sebagai seorang kawan.

Pagi itu aku berjumpa dengan bapanya dipasar. Bapanya kelihatan muram. Senyumannya bagaikan dipaksa. Dia memberi tahu aku anaknya ada dirumah. Dalam keadaan itu tidak sempat bertanya banyak."Nanti saya ke rumah jumpa dia."

Sepulang dari pasar aku terus ke rumahnya. Dia terbaring di atas katil. Dia tidak boleh berkata-kata.Melihat aku datang, dengan tangan yang terketar-ketar dia bersalam. Dia terus menangis. Aku tidak pasti adakah dia mengenali diriku. Aku sedih dan terharu.Isterinya masih di kampung. Buat sementara waktu dia dijaga oleh ibu,bapa dan adiknya. Dia masih muda lagi. Belum mencecah usia 55 tahun. Dia lumpuh dan memerlukan rawatan yang rapi. Baru-baru ini dia telah mencapai usia 55 tahun dan pihak berkuasa telah menghantar kad pesara kepadanya.

1 comment:

  1. Terimakasih atas nasihat tuan sememangnya kita perlu berlaku adil terhadap diri kita. Kita hanya mampu merancang Allah jua menentukannya.

    ReplyDelete