Our Chat Room

Monday, February 28, 2011

Apa khabar SMK Bandau

SMK Bandau,Kota Marudu sudah kami tinggal lapan bulan yang lalu. Semasa Aku dan Salim melawat ke sini ia menumpang disebuah sekolah rendah. Menumpang tentulah tidak selesa. Aku fikir begitulah rasanya. Dalam keadaan serta terbatas kawan kami semasa di Maktab Perguruan Gaya, Puan Sharina Majimin dengan segala kudrat yang ada mendidik dan memimpin sehinggalah sekolahnya menjadi salah sebuah yang terbaik di daerah Kota Marudu.

Berkat sabar ,Aku dikhabarkan oleh Sharina sudah ada peruntukan untuk sekolahnya. Akan ada sekolah baru ditapak sendiri. Sharina pasti menarik nafas lega. Tidak sia-sialah usaha dan pengorbanan beliau,guru-guru dan kakitangan di SMK Bandau.
Tentunya banjir tidak menyerang lagi.
Pohon-pohon segar menghijau.
Jalan ke sekolah tentunya tenang dan selesa.
Rumput tentu menghijau.
Kasut putih anak-anak tidak lagi dicium lumpur.
Kantin baru tentu menguntum senyum.

No comments:

Post a Comment