Our Chat Room

Saturday, October 15, 2011

Pekan Tenom,Sate Wak Khamis

Tahun lepas aku ke Tenom. Aku,Salim,Momin dan isterinya,Marianah ke sana. Kata Marianah dia hendak sangat ke Tenom. Selama ini dia belum pernah ke Tenom.

Kami sampai ke Tenom petang. Aku sempat ke pejabat pelajaran Tenom. Berjumpa dengan Aslie bekas kerani SMJK Chung Hwa. Sempat juga berjumpa dengan anak Cikgu Jumma yang sekarang ini berkhidmat dipejabat pelajaran Tenom.Anaknya menjadi pegawai di sini.Baik dan peramah orangnya.

Di Pekan Tenom aku mencari bekas pengetua SMJK
Chung Hwa,Puan Chiam Mei Yiem. Beliau masih kuat dan sihat. Masih boleh menguruskan kedai runcitnya.

Sebelum bertolak balik ke Kota Kinbablu,aku mencari Wak Khamis. Wak Khamis orang Semenanjung yang sudah lama tinggal di Tenom. Dia seorang penjual sate. Satenya cukup sedap.Bila hari gaji aku pasti ke gerainya. Suatu kemestian. Khabarnya Wak Khamis berasal dari Johor. Orangnya berkulit sawo matang.Sering memakai baju lenggan panjang putih waktu berniaga. Dan bajunya dilepas keluar. Dia sentiasa senyum bila bercakap.

Petang itu aku mencari Wak Khamis digerainya. Bila aku tidak berjumpa dengan gerai sate Wak Khamis, aku bertanya pada Asli. Kata Asli, Wak berniaga pukul 6.00 petang. Sekarang baru pukul 5.00 petang.

Kami terpaksa bertolak balik ke Kota Kinabalu memandangkan cuaca agak muram. Perjalanan jauh. Kami terpaksa meninggalkan Tenom tanpa bertemu dengan Wak Khamis.

Selamat tinggal Tenom.
Selamat tinggal Asli.
InsyaALlah,nanti tiba waktunya boleh berjumpa dengan Wak Khamis sambil menjamah satenya.


Shakir Taha
Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan.

No comments:

Post a Comment