Tahun lepas Uncle Mus ke Pulau Pinang. Beliau sempat menziarahi kampung halamannya di Changkat,Nibong Tebal. Saudara maranya masih ada dikampung. Uncle Mus kuat ingatannya. Dia masih boleh ingat lorong dan jalan ke kampung halamannya. Aku dan Uncle Mus singgah di rumah saudara maranya di kampung Changkat.
Saudara maranya hanya pernah dengar nama Uncle Mus dan ceritanya. Ceritanya meninggalkan kampung dan pergi ke England. Pernah dengar nama tetapi tidak pernah melihat orangnya.
Uncle Mus meninggalkan Tanah Melayu lebih daripada lima puluh tahun. Beliau masih lancar dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.
Shakir,Uncle Mus akan datang ke KL pada 31 Oktober ini(2011)
ReplyDeletePembetulan: Uncle Mus akan datang pada 31 Disember 2011.Harap maklum.
ReplyDelete