Our Chat Room

Thursday, May 10, 2012

Bertemu Ulama Berjiwa Pejuang

Ketika bertemu dengan Tuan Hj Salleh Musa yang kini sudah berusia 83 tahun,aku masih teringat kalimat yang keluar dari mulut beliau.Beliau meluahkan kembali pesanan gurunya dari Mekah,"Kamu jangan bekerja dengan kerajaan,kerja dengan Allah Ta'ala.Makan gaji dengan Allah." Bagi orang biasa kalimat itu mungkin ganjil.Tapi bagi seorang murid yang taat penuh sungguh,kata Tuan Gurunya dipegang sungguh.Dipegang tanpa ragu-ragu sampai kini."Kamu tarik orang ke syurga".begitulah pesanan gurunya lagi.Pada mulanya beliau tidak begitu memahami apa yang dimaksudkan oleh Tok Guru beliau.

Gurunya mahu beliau mengajar ke arah jalanan yang benar. Jalan tawhid supaya manusia tidak sesat.Jadi pesan ini dipegang sungguh.Tidak ada komprami lagi.Beliau yakin sungguh ALlahlah Pemberi rezeki.Maka menetap beliau di Kampung Banggul Kiat(tidak jauh dari situ ada Kampung Banggul Derdap,kampung Dato'Shahnon Ahmad).Dan Tuan Guru Hj Salleh pun kenal baik dengan Dato'Shahnon Ahmad.Ketika rakan-rakannya yang lain bekerja dengan kerajaan seperti Dato Shahnon Ahmad,Tuan Hj Salleh tidak lupa kepada pesanannya gurunya. Beliau mengajar,mendidik dan memimpin umat.Biar umat selamat.Selamat daripada api neraka.

No comments:

Post a Comment