Our Chat Room

Tuesday, May 8, 2012

Semangat dan Azamnya Membara

Dia seorang murid yang rajin dan dedikasi.Beliau bangun seawal pukul 5.00 pagi.Bangun seawal itu amatlah jarang bagi anak-anak yang berusia 11 tahun.Tapi bagi Sakinah itu adalah perkara biasa dalam hidup.Sakinah yang mempunyai dua orang adik-beradik bangun bagi bukanlah menyedaikan sarapan. Tidak.Sekolahnya agak jauh dari rumah.Sakinah tidak ada basikal.Bapanya tidak mampu membelikan basikal untuk dia kesekolah.Dia tidak seperti anak-anak yang ke sekolah dengan bas dan basikal.

Dia terpaksa berjalan seawal pagi untuk ke sekolah.Semangat dan azam untuk cukup tinggi.Sakinah pernah dihentikan bersekolah kerana kemiskinan.Tapi bila perkara ini sampai kepada pengetahuan NGO Wargakilang, mereka telah berjaya memujuk ayah Sakinah supaya meneruskan persekolahan anaknya semula.Sakinah bersekolah semula.Dia dibekalkan dengan sebuah basikal.Dengan basikal itulah dia ke sekolah. Dia tidak lagi perlu berjalan kaki untuk ke sekolah.Tidak lama lagi dia akan menduduki ujian UPSR.Dan tidak lama lagi dia akan belajar di rumah baru yang dibina oleh ayahnya sendiri dengan penuh selesa.

Rumah dua bilik dibina hasil sumbangan NGO Wargakilang sudah 90 peratus siap yang didirikan atas tanah pusaka keluarga Ruslan.Dan tidak lama lagi dapatlah Ruslan sekeluarga berpuasa dan menyambut Shawal di rumah baru itu.  


Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment