Our Chat Room

Sunday, May 13, 2012

Sumbangan Anda Sangat Bererti Bagi Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa

Tuan Guru Hj Salleh tidak pernah lupa kepada pesan gurnya supaya mendidik dan memimpin umat ke jalan yang benar. Jalan ke syorga.Sepulang sahaja dari Makkah beliau terus menetap di Sik dan mengajar Madrasah Ar-Rahmaniah. Ramai pelajar yang datang belajar dengan Tok Guru.Pondok yang didirikan dipenuhi oleh ratus pelajar.Pondok yang ada kelihatan hilang serinya.Sudah kelihatan usang.Pondok yang dibina daripada kayu sudah tidak kukuh lagi. Perlu diganti baru.



Di Madrasah Ar-Rahmaniah inilah Tok Guru mengajar pagi,petang dan malam.Setiap hari Jumaat,kuliah mingguannya dihadiri tidak kurang daripada 3 000 orang,Keadaan ini menjadikan dewan dan ruang ligar penuh sesak.

Tok Guru bercadang hendak memperbesarkan lagi kawasan di madrasah.Pondok yang lama akan digantikan dengan pondok yang baru dan lebih selesa. Ini harapan Tok Guru.Tanah sudah ada.Cumanya sekarang wang amat diperlukan.


Menurut Tok Guru pondok lama(gambar kanan) akan digantikan dengan yang baru.Setakat ini menurut Tok Guru wang yang ada ditangan sebanyak RM21789.98sen (sambil menghulur buku simpanan banknya). Ini semua amanah.Amanah orang ramai perlu dijaga sungguh. Oleh kerana itulah Tok Guru, namakan akaun simpanan itu atas namanya. Kepada yang hendak membuat sumbangan sila masukkan ke akaun berikut.


Nama: Salleh Bin Musa
Nama bank: Public Islamic Bank
No. akaun: 4-71454-37-31


Semoga sumbangan Anda menjadi amal jariah yang penuh dengan keberkatan.

Oleh Shakir Taha
shakirtaha@gmail.com



No comments:

Post a Comment