Our Chat Room

Tuesday, December 29, 2009

Cikgu Nordin Said

Cikgu Nordin Said
Warden di Maktab Gaya
Setahu Aku dia mengajar perdagangan dan juga warden di kolej
Aku tidak tahu sama ada masih hidup ataupun sudah............
Dan aku sendiri hanya sekali dua berinteraksi dengan dia.
Pertama pasal ais krim Gardenia yang dijual oleh Koperasi Maktab Gaya.
Tukang jualnya adalah Mat Robert (sekarang ini berkhidmat di Jabatan Pelajaran Pulau Pinang,Sektor Jaminan Kualiti)
Dia tanya aku tentang kandungan yan ada dalam ais krim.(Aku tahu maksud tersirat soalan itu)
Aku buat blur saja.
Akupun dah bersedia. Bungkusan ais krim aku keluarkan.
"Ini kandungannya.Yang lain saya tak tahu."
"Awak makan ais krim gardenia? Saya pantang.Sejuk.Memang aku jarang makan ais krim kerana patah tangan beberapa tahun dahulu.
Dan sampai sekarangpun aku tak suka makan ais.
"oh memang awak tak makanlah.Dia tanya banyak soalan.
Aku jawab,saya tak tahu.
Diapun naik fedup."Awak ni semua tak tahu"
OK! Akupun blah.
Suatu malam di bilik LG.
Huk!,huk,huuk,huuuuuuk,huk,huk,huuuuk
Semua sudah maklum.
Lampu cepat-cepat ditutup.
Kereta berhenti di hadapan asrama.
Mamsin cepat-cepat tutup lampu flarosen.
Badar sudah berdenkur.
Dia tak masuk bilik kami.
Dia marah kat Salim. Salim tak tutup lampu.Jam sudah pukul 12.00 malam."Malam masih muda"
"Nanti saya bagi kamu one way tiket baru tau!
Oh! macam tu! Dia terus beredar dari bilik Salim.
Salim terus melalak,One way ticket to the moooon.Diulangnya berapa kali aku tak ingat.Salim terus memecahkan kesunyian malam dengan lagu itu
Dia terus menghilang dalam kegelapan malam dengan keretanya
Huk!huuuuuk!,huuuuuuk,huk,huuuuuuuk!
Oleh Shakir Md Taha
Nota: Seperti yang diceritakan oleh Salim Ismail PIS 79/80

3 comments:

  1. hi shakir....Im glad to read your stories and feel overwhelming.you created stories that really touch my memories.During those days we r in the twenties. after a very long rough journey that came to our life, we r here again to understand each other.I hope that the spirit remains like those old days.I understand that due to nature we have changed physically and mentally.When I look at siti dayang she's still sweet like before but looked motherly.I was very closed to her brother Mr. Taidin suhaimi whilst studying at Lancaster Uni.He was our president of Mala ysia Societry in 1990.Pulina .....that i used to call her is still charming like english roses.And mamsin...i really hate your photo.could you pls get a colourful ones?? You look like Rajesh Khanna...once my favourite hero.and fauziah you look different. Pls reduce your plates (kurangkan makan bah itu).Wan zainuddin? you r always on my mind. May u write something in this blog to keep in touch.Last but not least I love all of you.
    written by Salim ketungap

    ReplyDelete
  2. Thank you Mr.Ketungap.Semua kisah yang aku tulis adalah cerita.Aku hanya mengayam kembali dan memintal agar menjadi kenangan mengusik jiwa. Your comment on mamsin's photo I agreed.

    ReplyDelete
  3. Yess... aku masih ingat pensyarah perdagangan tu, kalau tak silap kita panggilan manja yg kita beri ialah bull dog ! warden asrama MPG ketika itu. Aku pun macam Salim, nak minta maaf banyak2 pada dia sebab dah banyak dosa2 kecil dulu.
    Semasa pulang mengekang ngekang dari tengok wayang di KK, ketika itu sen tak cukup, jadi aku, omar, jaja, azmi tongod, ngahpah dan beberapa gerombolan geng gaya menghayun langkah pulang merentasi semak dan lorong kecil di celah-celah rumah org, kami tiba di perkarangan rumah bull dog tu, aku memang sakit hati ngan warden tu, tah kenapa ? aku pun dah lupa. Tambahan lagi tidak jauh dari di belakang kami ada sekumpulan seniur yang memang kami bengkerk dari mula mendarat di bumi sabah.
    Tanpa menggunakan akal panjang, aku ambil seketul batu dan melontar ke bumbung warden tu, apatah lagi, menjerit la org tua tu, kami bersepah lari dgn meninggalkan geng2 seniur di belakang. Harapan jahatnya ialah geng2 tu akan menerima padahnya.
    Sampai ke hari ini, aku tak tahu geng seniur tu terjebak atau tidak ngan tindakan aku tu,. Maaf ye seniur kalau teraniaya !

    ReplyDelete