Our Chat Room

Thursday, December 31, 2009

Salim PIS dan Taukeh Mi Maggi

Tiada seorangpun guru pelatih yang tidak kena mi maggi.
Hampir semua guru pelatih makan.
Mi ni sedap dimakan
Cepat dimasak
Cepat dimakan.(Cepat mati!)

Aku sendiripun makan.
Tapi yang sekerap Salimlah.
Oleh kerana aku masih ingat pesanan pensyarah PJ,Joko namanya(dari Jepun) yang mi ni bahaya untuk buah pinggang.
Aku tidak pasti sejauhmana kebenarannya kenyataan ini.
Pasti nya aku makan juga sekali sekala.

Tapi kawan aku Salim memang kaki makan mi maggi.
Mamsin, Badaruddin,Borhan dan Wan Z pun suka makan.
Tapi tak boleh lawan Salim.
Dia memang hantu mi maggi.
Mungkin sebab tu kepala dia cepat botak.

Di asrama ada Taukeh mi ini.
Koperasipun jual.
Masalahnya koperasi tidak selalu buka sebelah makan.
Jadi kempunanlah.

Jadi kena cari Taukeh maggi. Dia bukan opsyen PIS.
Malamnya Salim,Aku dan Bob ke bilik bos ni.
Bagi maggni dua bungkus,kata Salim.
Esok elaun aku bayar.
Ooo,sorry brother!
Hutang-hutang tak mainlah!
Mau bayar 'cash'
Sumpah!sumpah! esok aku bayarlah brother.
No!,no!,no! brother!
You mau pay cash!

Kami terus keluar dari bilik LG 8.
Tak apa nanti aku cari jalan.
Kita ajar dia sikit.
Kedekut sangat!
Taik hidung masin!

Tengahari tu Salim nampak kawan kita ni bawa naik 1 kotak mi segara ke biliknya diasrama.
Salim mengekorinya dari jauh.
Taukeh ni menyelinap masuk bilik.
Salim mengintai.
Di sini rupanya dia sorok benda ini. Ok, pass.

Esoknya ketika orang sibuk makan tengahari,kawan kita ni Salim Ketunggap meluru ke bilik Taukeh mi maggi.
Diangkatnya 1 kotak mi segera terus ke bilik dan dimasukkan ke dalam lokal,kunci rapat.
Selepas itu dia terus ke dewan makan.

Pada sebelah malamnya asrama lelaki menjadi gamat.
Bising.
Hebuh. 1 kotak besar mi manggi hilang dari bilik taukeh!

Malam itu Salim makan mi maggi cukup selera.
Sambil makan dia menyanyi.
Til!,til!.til! mare hati
Til,til,til,til,mare hati
Naik basikaaal tak sampai kaki.
Tingginyaa 4 kaki.
Empat kaki,empat kaki
Senang hati
Tak sakit hati.
Makan free.
Makan freeee.

4 comments:

  1. Siapa dia orang yang kena curi tu(oyanari)?
    Telefon tanya Salim. Dia yang tau.I don't know.

    ReplyDelete
  2. hai gang... takkan tak ingat orangnya cute dan montel masa tu..cakap siam cukup pandai.Dia mai dari kubur panjang. kena posting sama dgn aku di SMK Sandakan. Namanya Om.... kah kah kah
    aku kena minta ampun dgn dia sb jadi pencuri.
    fr salim ketungap.

    ReplyDelete
  3. betuilah tu...hang pandai teka.dia cakap ada gaya.suaranya garau-garau.aku selalu gurau dgn dia masa pulang dari sembahyang jumaat kat masjid negeri KK.masa balik dari sembahyang pulang ke maktab.aku tarik kain pelekat yang dia pakai sampai terlondek.Dia kata kat aku dgn suara garau ...KHANG CHELAAKA.maafkan aku bang Om---.masa tu aku cetek agama.aku kena minta ampun sekali lagi.ampun kali kedua.

    ReplyDelete
  4. hang salim tak habis2 minta ampun

    ReplyDelete