Menurut Al-Fakhrurrazi para malaikat di langit berusaha untuk melihat amalan buruk makluk di bumi yang tercatat dalam Lauh Al-Mahfuzh tapi tiba-tiba tirai itu tertutup dan malaikat gagal melihat amalan buruk makhluk di bumi.
Selepas itu berkatalah malaikat, "Mahasuci Allah yang menampakkan segala keindahan dan menutup segala yang buruk. Malaikat berkeinginan benar melihat keadaan yang berlaku di bumi. Malaikatpun turun ke bumi. Dilihat oleh malaikat keadaan yang berlaku. Begitu jadinya. Dua amalan yang tidak dilakukan oleh penduduk di langit tetapi dilakukan oleh penduduk di bumi. Kami dl langit melakukan thawaf dan ini juga dilakukan oleh penduduk di bumi. Kami di langit bertasbih,penduduk di bumipun bertasbih juga.
Tapi kami di langit tidak dapat melakukan yang ini. Ketika orang di bumi membantu fakir miskin kami tidak dapat melakukan ini. Orang kaya di bumi membantu yang susah dan dalam hal ini kami hanya melihat sahaja. Sedih rasanya.
Demikian juga ketika melihat pendosa yang menjerit kerana dosanya. Ini semua tidak ada pada penduduk di langit.Pendosa menyesali segala perbuatannya yang pernah dilakukan.Dan Tuhan berfirman," Tangisan pendosa lebih Aku sukai daripada bunyi gemuruh suara orang bertasbih."Mahasuci Allah yang menciptakan segala yang ada di alam buana ini.
Aku terfikir bila melihat sahabatku yang telah 10 kali menunaikan fardhu haji. Bukankah baik wang itu infakkan kepada fakir miskin,rumah anak yatim dan kegiatan sosial umat Islam. Dan aku terfikir bukankah Islam sudah menyediakan sebuah dasar teologis Islam untuk mengatasi masalah kemiskinan yang kian parah ini?
Oleh Shakir Md Taha