Selesai melawat SMK Bandau kami singgah sebentar di gerai yang menjual kacang goreng/panggang. Menurut Puan Sharina(Pengetua SMK Bandau) dan Puan Hasyimah Sadi( Guru Besar SK Lapasan) kacang di Kota Marudu tidak sama dengan kacang Mengelembu di Perak. Petani di sini menggunakan kaedah tradisional untuk menggoreng kacang ini. Khabarnya petani tidak menggunakan baja kimia untuk menghasilkan kacang Kota Marudu.Kacang Goreng Kota Marudu hanya ada di Kota Marudu dan tidak jual di tempat lain di Sabah. Jadi kalau Anda hendak makan "Kacang Goreng Kota Marudu"silalah datang ke sini.
Enak rasanya.
Sedap dimakan.
Jadikan teman setia anda dalam perjalanan.
Betul Tuan Salim kacang ini memang sedap aku dah makan baru2 ini, anak murid aku yg tinggal d K.Marudu telah mengirim kpd aku semasa kawan aku ke sana baru2 ini..
ReplyDeleteTuan Zainal untunglah hang dapat free.
ReplyDeleteSemasa perjalanan pulang dari Kota Belud ke KK kami singgah di beberapa gerai yang menjual kacang. Gerai-gerai ini terletak di tepi jalan.Aku tengok banyak yang tergantung(bungkus kacang).Kacang ni bukan favourite aku sangat tapi bila aku kupas dan makan, sedap bah... betul kata Tn Zainal tapi aku beli tak banyak cuma 4 bungkus sahaja.Aku banyak beli kuih cincin..Aku suka singgah di Pasar Kota Belud.
ReplyDelete