Aku dan Salim agak lewat ke SK Kinapulidan,Ranau. Aku,Salim dan Siti Dayang Suhaimin menghantar Fauziah ke sekolah selepas pertemuan di Ranau bersama Hartini Salikin. Malam masih muda. Kesunyian terus melambai-lambai. Sekolah ini Fauziah sebagai Sang Guru Besarnya. Ianya terletak di kaki Gunung Kinabalu. Walaupun malam pekat batang tubuh Gunung Kinabalu tetap berdiri teguh tegak dihadapan kami. Cuaca sejuk menikam diri. Angin sejuk menghembus muka.
Setibanya kami di sekolah ini kelihatan ramai murid dan orang kampung. Mereka membantu menyiapkan projek sekolah dengan penuh sungguh. Sudah jam 12.00 malam. Mereka masih gigih dengan kerja masing-masing. Aku dan Salim terpegun dengan jalinan kerjasama orang orang kampung,murid-murid tua dan kegigihan Guru Besar."Mereka membantu sekolah di sebelah malam.Siangnya mereka bekerja. Mereka adalah sukarelawan. Sekolah ini agak jauh terpencil tersandar di kaki gunung.Jalan rayanya belum lagi dinaik taraf. Ada kawasan yang berlubang dan berkerikil tajam. Mungkin tidak lama lagi ada penambahbaikan kerana sekolah ini sering dikunjungi oleh pelawat dari dalam dan luar negeri.
No comments:
Post a Comment