Gambar di sebelah kanan ialah anak Ustaz Senan. Umurnya 10 tahun tapi kelihatan seperti setahun sahaja. Namanya Aiman. Dia tidak boleh berjalan.Tidak boleh berkata-kata. Tapi dia memahami apa yang kita kata. SubhanaLlah! Kebesaran Tuhan yang sukar difikir dengan akal. Tapi beginilah jadinya. Manusia kahwin,beranak dan bahagia.
Isteri Ustaz Senan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Tidak berduka menerima anugerah anak seperti ini.
Selagi hidup dikandung badan,Aiman tetap dijaganya.
Pihak berwajib ada memberikan RM140 sebulan untuk Aiman. Semuanya untuk keperluan Aiman. Makan,pakai,minum dan pendek kata,semua keperluan Aiman diuruskan oleh isteri Ustaz Senan. Kasih sayang seorang Ibu tidak pernah kenal jemu.
Malamnya,Aku dan kawan-kawan dari Wargakilang pulang.
Aku masih teringat Aiman anak Ustaz Senan itu. Banyak persoalan yang bermain di dalam kepala. Malam bertambah malam. Lampu-lampu di pinggir jalan bertengkar dengan malam. Biarlah ku tiduri malam ini di bawah cahaya bulan tua dengan penuh ketenangan.
Oleh Shakir Md Taha
No comments:
Post a Comment