Perjalanan yang indah dan ceria. Singgah sebentar di rumah Ustaz Senan
Dari dalam. Di sini tidak sofa,tidak ada peti ais,yang ada hanya desiran angin menampar muka
Bergambar bersama Ustaz Senan(berbaju putih, berkaca mata hitam)
Biasanya di hujung minggu dihabiskan bersantai bersama keluarga. Tidak kira di mana. Di rumah,di tepi pantai ataupun di hotel mewah. Tapi rakan-rakan dari Wargakilang sebuah NGO keluar menemui masyarakat pinggiran(marginal society) dengan menghulurkan bantuan seperti makanan dan serba sedikit peralatan rumah. Ramai dikalangan Wargakilang terdiri daripada golongan profesional. Keluar menemui masyarkat seperti ini bagi mereka adalah satu tanggungjawab sosial. Program seperti ini telah dimulakan sejak tahun 2003 lagi. Baru tahun ini Aku berkesempatan ikut serta. Itulpun setelah berkenalan dengan Ir.Abd.Wahab
Antara rumah yang Aku lawati ialah rumah Ustaz Senan. Beliau sorang OKU dan mempunyai seorang anak OKU. Anak itu itu sudah berusia 11 tahun tapi kelihatan seperti kanak-kanak yang berumur 1 tahun. Anak mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Rumah kecil tiang seribu milik Ustaz Senan dikelilingi sawah bendang. Beliau berkebolehan mengajar Al-Quran dan tajwid. Sayangnya sijil agama yang digenggangnya selama beberapa tahun yang silam telah hilang. Lantaran itu sulit bagi untuk memohon jawatan tetap dijabatan kerajaan. Beliau masih lagi menabur bakti sebagai guru Al-Quran dan tajwid di kampung.
Di rumahnya yang ada hanyalah keluarganya, dapur memasak,pinggan,periuk, bilikair dan tandas yang terletak di luar rumah.
Di sini tidak ada kipas angin, tidak peti ais, tidak ada kamar tidur. Yang ada hanyalah desiran angin yang menampar muka. Pun begitu Ustaz Senan nampak tenang dan dengan penuh kesenyuman menerima kedatangan Aku dan puluhan Wargakilang. Cuacapun cukup girang menyambut kedatangan kami. Kalau langit mencurahkan air,keadaan di sekitarnya menjadi penuh lecah. Tapi hari itu cuaca cukup lembut menyambut kedatangan kami. Terasa cukup lega.
Dan rasanya Ustaz Senanpun cukup lega dengan kedatangan kami.
Sebahagian daripada Wargakilang ke destinasi yang terakhir, ke Kg Padang Kunyit,Grik, Perak. Ada tujuh buah kereta yang ke sana. Kami ke rumah Puan Sharifah Bt Hashim yang kematian suami. Beliau terpaksa menanggung 7 orang anak yang masih bersekolah.Pihak Wargakilang menyumbangkan beras,tepung,gula dan lain-lain keperluan dapur.
Agak lelucukan juga bila ada rakan yang ditahan polis kerana memotong 'double line'. Kami berterima kasih kerana polis dengan budibicara memberi amaran dan melepas rakan-rakan daripada disaman. Pihak polis setelah mengetahui kami badan NGO dan tujuan ke sini untuk kerja amal(mungkin dengan penuh simpati) hanya memberi amaran dan tidak menyaman. Terima kasih Pak Polisi!
Setelah selesai menghulurkan sumbangan kepada Puan Sharifah kami ke rumah rakan Wargakilang Sdr.Sharolnizam Tarmizi atau lebih dikenali dengan panggilan "Komrad". Beliau telah menyediakan malam di rumahnya. Ibunya menghidangkan kami dengan nasi lemak ikan bilis,serunding ayam,kek,kuih cucur undang,karipap,teh o panas dan minuman sejuk oren. Sedap hingga tak terkata. Terima kasih Sdr. Komrad!
Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com
Hang baguslah Syakir dapat beramal dan bantu pada mereka yang perlu.Harap kawan-kawan ex-gaya dapat melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan seperti ini.Aku ada juga buat lawatan ke beberapa tempat anak-anak yatim di sini.Sedih tetapi mereka masih disayangi dan mendapat bantuan kemanusiaan.Sedekah jariah adalah salah satu amalan utama dikira selepas kematian anak Adamn.
ReplyDeleteSalim, aku cadang kits buat sekadar yaang termampu. Kita buat program follow sama.Aku fikir ramai geng ex-gaya yang nak ikut sama. Kita turun kelapangan.Tengok sendiri luka rakyat.Lalu kita fikirlah apa yang boleh kita bantu dengan kudrat yang ada pada kita. InsyaLlah.
ReplyDelete