Our Chat Room

Monday, June 6, 2011

Jutawan Kampung







Kalau kita ada wang berjuta-juta digelar jutawan.Kalau kita suka menderma, itu dermawan namanyaa.Kalau kita banyak isteri digelar kaki poligami.Kalau kita suka temberang dipanggil Al-Tipuiing. Kalau kita ada tanah berekar-ekar yang nilainya 1 juta seekar di panggil apa??Waduh...waduh...kaya..pak!.Dua puluh tahun yang lalu aku menemani seorang kawan membeli se bidang tanah sawah di Pulau Pinang hampir satu ekar dengan harga RM14,ooo sahaja.Kini tanah di Pulau Pinang telah melambung tinggi berlipat ganda.Harga tanah gred A berharga 1 juta seekar.Tiada individu yang mampu membeli tanah kecuali jutawan atau pak-pak menteri yang kaya-raya.


Kalau kita sebut jutawan tentulah mereka yang tinggal di Kotaraya.Tapi dik...jangan terkejut di kampung juga ada jutawan.Di Balik Pulau ramai jutawan kerana mereka banyak tanah.Setelah sekian lama menghilang membawa diri di negara 'Mat Salleh' aku kembali ke kampung halaman di daerah sepi dulu yang pernah aku tinggalkan.Aku kagum melihat Balik Pulau yang pesat membangun. Orang Melayu Balik Pulau ada harta.Harta peninggalan nenek moyang.Mereka masih lagi tinggal di rumah papan peninggalan arwah ibu-bapa mereka.Rumah-rumah kampung masih kekal identitinya.Biar mati anak jangan mati adat.

Aku bertemu dengan 'Mak cik' seorang bidan kampung yang dikenali ramai dan 'kak Cik Jah' yang masih bujang di sebuah perkampungan Melayu Balik Pulau,Pulau Pinang semasa aku sedang 'cycling' mengelilingi kampung tersebut hingga sampai ke kaki bukit.Di kawasan ini banyak terdapat kebun durian.Balik Pulau yang terletak di Barat Daya Pulau Pinang merupakan kawasan yang terkenal dengan durian dan buah pala. Mak cik dan kak Cik Jah memiliki beberapa ekar kebun durian.Mak cik ada 4 ekar kebun durian dan Kak Cik Jah pula ada 5 ekar kebun durian.Kalau satu ekar harganya RM600,000 kali 5 ekar (tanah gred B)tentulah bernilai hampir RM3 juta.Kebanyakan tanah di Balik Pulau adalah harta peninggalan nenek-moyang atau harta pesaka.Kebanyakan penduduk Melayu di Balik Pulau memiliki tanah persendirian.Dulu Balik Pulau terkenal sebagai kawasan pertanian yang subur.Kini kawasannya telah banyak berubah. Kawasan perumahan baru bertambah.Bangunan-bangunan kerajaan seperti Balai Polis, Hospital,Balai Bomba,Mahkamah,Perpustakaan dan Kolej Pengajian Tinggi serta sekolah berasrama penuh terdapat di daerah ini.Banyak kawasan perumahan telah dibina dan harganya meningkat ratusan ribu ringgit.Suasana perkampungan masih dikekalkan di beberapa kawasan.Pantai Pasir Panjang yang dulunya pernah menempah sejarah hitam tsunami merupakan tempat perkelahan.Pantainya memanjang dan putih bersih.Di sini terdapat sebuah Kem Bina Negara .Pemandangan indah di sepanjang pantai yang bertentang dengan Pulau Betong mengujudkan panorama indah.Begitu juga Pantai Teluk Air bertentang Pulau Betong adalah kawasan memancing ikan kerapu yang popular.Bayan Lepas,Teluk Kumbar dan Teluk Bahang terletak di kawasan Parlimen Balik Pulau.Mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Dr.Helmi adalah anak jati Balik Pulau.


Kak Cik Jah tinggal di kaki bukit dikelilingi pohon buah-buahan.Ada tiga buah rumah didirikan di atas tapak tanah yang dimiliki oleh Kak Cik Jah.Rumah Ah Pen, rumah Ah Hin dan rumah Pak Cik Nan.Tapak tanah itu disewakan kepada ketiga-tiga penghuni rumah tersebut.Menurut Kak Cik Jah tanah peninggalan Arwah bapanya hampir 5 ekar.Mereka hidup aman damai dan saling membantu.Berkebun adalah punca rezeki mereka.


Kawasan tanah Mak Cik pula bersebelahan dengan tanah Kak Cik Jah.Luas tanahnya hampir 4 ekar.Tanahnya dipenuhi dengan pokok durian, rambutan,langsat dan manggis.Buah pala juga di tanam di sini.Pulau pinang terkenal dengan buah pala yang datangnya dari Balik Pulau.

Tidak jauh dari kebun Kak Cik Jah adalah kebun Pak Samad.Luas tanahnya berjumlah 11 ekar.Adik beradik Pak Samad tidak tinggal di situ.Mereka mencari rezeki di tempat lain.Kebanyakannya menetap di Kuala Lumpur.Akhirnya dengan kata sepakat mereka bersetuju untuk menjual tanah milik keluarga di situ.Menurut Mak Cik ,tanah Pak Samad itu telah pun dibeli oleh seorang ahli perniagaan Melayu dengan harga 8 juta.Semua keluarga Pak Samad menjadi jutawan segera.Untungnya kalau ada harta pesaka.Tidak payah susah-susah belajar tinggi-tinggi untuk memiliki wang berjuta.Kalau tak percaya tanya orang Melayu di Langkawi.Bukan semua kaya........ yang ada harta ada kayalah.

Aku sempat berbual mesra dengan kedua-dua mereka.Dari raut wajah-wajah, mereka jujur berbicara.Mak Cik berumur 71 tahun dan kak cik Jah berumur 51 tahun.Kedua-duanya jutawan ceria.Aku tidak sempat menjamu selera merasai keenakan isi buah durian yang mekar kerana buahnya belum matang dan masih bergayut di atas pokok macam ...............r,...................r.

5 comments:

  1. nati saya masukkan videonya ia.....ada error semasa downloading

    ReplyDelete
  2. Sekarang banyak saudagar At Tipuing.

    ReplyDelete
  3. Bagus la kalau ramai Melayu Balik Pulau dah jutawan. Tapi untuk info, aku penah beberapa kali berbual dengan YB Farid Saad, ADUN Pulau Betong dan dia bagi tau aku, perkara pertama yang dibuat sebaik shj berjaya menjadi ADUN ialah ke Pejabat Daerah Balik Pulau untuk memeriksa pemilikan tanak di daerah Barat Daya. Info yang beliau dapati drp ADO (Tanah) agak mengejutkan, peratus pemilikan tanah Melayu di Barat Daya yang selama ini menjadi "myth" jauh meleset! Semua orang beranggapan majoriti pemilik tanah di Barat Daya adalah orang Melayu kerana majoriti penduduknya adalah Melayu tetapi that fact was a fact of "eons" ago, the reality is Malay land ownership in Barat Daya is just hover around 15 - 20%!!! Very pathetic! The Malays once owned much of the land but the reality is now most of them is "squatting" on land that was once theirs but no more!

    Development always have the pros and cons - take a look at Langkawi. The Malays were once the majority land owners beside a large tracts of land belonging to the late illeterate Honda tycoon, Loh Boon Siew. And now??? When land value shot up , a lot of the Malays, sold theirs (or the land was taken from them in the name of development) and became instant millionaires! They drive posh cars, built grand bungalows, party with the cheap cigarettes and beer and liquor and after a period of time some became "coolies", drivers of "kereta sapu" so on and so forth - and that was also what happened to some of the Malay land owners in Batu Feringgi areas. And now history is repeating itself in Balik Pulau. Please do not be over enthusiastic with the emergence of instant millionaires sprouting here and there - because we may finally be as what happened in Pak Kaduk folklore; "tanah hilang, kampung tergadai".

    With all due respect to the Malays of Balik Pulau.

    ReplyDelete
  4. I would like to appreciate your comments.The scenario in Balik Paulau is similar to some places especially the 'squatting'scenario is visible in other developing states as well.Balik Pulau is developing and needs more areas for infrustractural purposes. The area is limited and high property offers will definitely influence the people to sell their lands.I think out of 10 who sold their lands,only one turned to be 'Pak kadok naik jun.Even in Langkawi once so-called millionaire not everyone ended to be 'teksi sapu driver'.The political debates in Penang especially in Balik pulau arise without ending since PKR overrules the state.10-20%of the land belongs to the Malays in Balik pulau is not true.The Malays still own 30% of the properties.70% holds as 'tanah Tol' which belongs to the state and some chinese landlords. How could this 'tanah tol' belongs to the state? You should ask the'orang tempatan'.The local knows better.The argument in this matter will explode into political issues which is not right to be discussed in this wonderful blog.Thank you jawi pekan and I will explain to you what had happened behind the scene.Thanks again for your brave comment.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the marvelous posting! I truly enjoyed reading it,
    you can be a great author.I will make sure to bookmark your blog and will
    often come back later in life. I want to encourage one to continue your great writing, have a
    nice weekend!
    Also visit my web-site ... how to download movies

    ReplyDelete