Our Chat Room

Monday, June 20, 2011

MEREKA YANG TIDAK MENGERTI

Aku menerima sms pagi tadi. Saidin di ICU. Aku terus menelefon Zaki. Benar Saidin dimasukkan ke ICU. Saidin seorang guru agama. Paginya beliau mengajar disekolah.Petangnya menyertai aktiviti di sekolah. Malamnya berusrah,kadang-kadang sampai pukul satu pagi.

Ada waktu diundang untuk memberi ceramah di mesjid.Ustaz Saidin tidak pernah menolak. Dia pasti datang kalau tiada halangan. Ada waktunya pihak penganjur memberi sedikit cenderahati. Sebuah buku dan sekeping envelop. Ada sekali dalam envelop berwarna-warni berisi sekeping gambar Agong bernilai RM50.00. Aku terkejut.Tempat Ustaz Saidin bercermah jauh. Aku kira 100 kilometer daripada rumahnya. Pergi balik sudah 200 kilometer.

Ustaz Saidin tidak pernah merunggut dengan 'bayaran' yang diterima. Aku sedih melihat Ustaz Saidin dilayan sedemikian rupa.Tentulah wang RM50.00 tidak mencukupi. Tidak kah pihak yang mengundang berfikir soal itu. Duit minyak keretanyapun tidak 'lepas'. Tapi baiknya Ustaz Saidin ini, beliau tidak pernah merunggut atau serik dengan penganjur ini.

Kalau tidak cukup sumbangan yang diberi, terpaksalah mengeluarkan wang dari sakunya. Beliau masih lagi boleh senyum dan ketawa walaupun batang tubuhnya diserang darah tinggi dan kencing manis.

Ada waktunya Ustaz terpaksa menaiki kapalterbang untuk ke Kuala Lumpur. Kereta terpaksa ditinggalkan di lapangan terbang. Bayaran untuk tempat letak kereta perlu dibayar. Pihak penganjur tidak fikir soal ini. Apa yang ada dalam fikiran mereka program perlu dijalankan mengikut jadual. Mereka akan menunggu kedatangan Ustaz di lapangan terbang dan menyambut kedatangannya dengan penuh mesra. Selepas itu Ustaz dibawa ke kedai makan. Selepas makan dibawa ke tempat program. Sepatutnya biarlah Ustaz berehat dahulu menghilang penatnya. Ada yang sudah tidak sabar lagi untuk mendengar ceramah Ustaz Saidin.

Malam itu Ustaz Saidin berceramah sampai pukul 11.30 malam.Kemudiannya ditambah dengan sesi soaljawab menjadkan program meleret sampai pukul 12.00 malam. Pengerusi majlis boleh memainkan peranannya memendekan sesi ini, tetapi dia pula yang menjadi pengulas yang menjadi majliskan bertambah sarat dan membosankan!

1 comment: