Tapi kawanku ini, Fauziah Sulaiman@ lebih dikenali sebagai Fauziah Jepun.(gambar di kanan) Orangnya kecil sahaja tapi suaranya macam guruh. Aku tahu junior-junior cukup takut dengannya.
Beliau ada ilmu yang boleh menghilangkan anu lelaki.( Menurutnya ilmu itu sudah dibuang)
Pernah juga suatu hari beliau hendak gunakan ilmu itu. Tapi setelah berfikir panjang tidak jadi. Berdosa. Lagi pula beliau tidak belajar cara memulihkannya.
Tapi pada minggu orientasi itu Fauziah hanya sekadar mahu mengacah sahaja seorang junior yang agak nakal sedikit. Junior itu dipanggilnya. "Kau jangan macam-macam di sini," gertak Fauziah."Nanti Aku hilangkan anu kau tu,"balasan Fauziah lagi. Dia kelihatan pucat.
" Macam mana Kak,"tanya junior itu. " Macam mana apa,"balasan Fauziah dengan suara yang cukup kuat.
"Kau kena pakai seluar dalam secara terbalik," kata Fauziah.
Menurut Fauziah junior itu terus memakai seluar dalam terbalik selama di maktab dan masih memakai secara berbalik setelah 'posting' selama setahun.
Aku kenal betul dengan si Fauziah.Suaranya kadang-kadang bunyi macam meriam buloh.Aku bab menghilangkan si anu tu belum lagi belajar tapi kalau memutuskannya sudah pun ada sijil.Masa zaman dulu-dulu batang pisang,penyepit dan pisau cukur adalah alat penting.Budak-budak dipujuk rayu dan diberi mandi hingga menggigil lalu didukung dan diletak di atas batang pisang.....Tok mudin kata ..Cut...jeritan dan raungan salah seorang menyebabkan yang lain pecut 100 metres.Terpaksalah orang kampung kepung macam kepung anak ayam.Tapi kini doktor telah main peranan.Yang terlibat senyum sinis...suka sebab tak lama lagi boleh kahwion.Itulah kisahnya....
ReplyDelete