Our Chat Room

Monday, March 29, 2010

PILIHANRAYA LAGI!


Sumber:Malaysiakini.com

Erdogan:Netanyahu'statement on Jerusalem(Madness)


TRIPOLI-Turkish premier Recep Erdogan has described Israeli premier Benjamin Netanyahu's statement about retaining Jerusalem as the eternal,unified capital of Israrl as sheer "madness"
He said in a statement at the inaugural session of the Arab summit in Libya that the statement would lead to serious consequences affecting the entire region.
Erdogan said the international community faced a new and tough test in regard to reviving peace process there.
"Jerusalem is a great importance for the whole region and the islamic world. Israel's attack on Jerusalem and scared places cannot be accepted," he said.
The premiersaid that the construction of1,600 new housing units in occupied east Jerusalem was not justified.
From:http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=23872

Saturday, March 27, 2010

Mengenali Isu Globalisasi

Aku bukan nak iklan buku.
Dalam budaya ilmu aku fikir baik kalian baca buku ini.
Dapat mempertingkatkan kefahaman Anda tentang isu globalisasi kapitalisma.
Selamat membaca.

Thursday, March 25, 2010

Hamidah Muhammad Orang Melaka(PIS)


Sekali pandangan memang susah nak kenal.
Mulanya ingat siapa.
Yang pastinya disebelah ialah Din@Kamaruddin suami.
Tuan Mamsinpun semacam aku juga tak kenal.Kata Mamsin nampak lain.
Tapi mana boleh orang lain duduk disebelah Kamaruddin.
Orangnya mestilah Hamidah Muhammad yang Aku,Mamsin dan Salim kenal 30tahun yang lalu.

Menurut cerita Nik Azimah bapa Hamidah meminta Kamaruddin menjaga dan tengok-tengokan Midah.Maklumlah diperantauan.

Baiknya si Kamaruddin ini dia terus menjaga Midah sampailah sekarang.

Monday, March 22, 2010

Omar Abu Bakar Tauke Manggi


Inilah gambar Tauke Manggi. Tahun ini Omar baru tahu siapa yang curi sekotak mi manggi dia.'Aku halallah,'kata Omar.
Salim Ketunggap punya kerja. Selepas dia kebas sekotak dengan senang hati dia nyanyi lagu. Til,til mare hati.Tingginya empat kaki,empat empat,empat kaki. Naik basikal tak sampai kaki. Senang hati,senang hati. Dapat manggi. Tak gaduh beli. Senang hati.
Kata Salim,Bang Omar suka naik VESPA. Macam gambar di atas. Aku suka naik motor BSA.


Saturday, March 20, 2010

ROSMAN MAT AJIS OYKK


Inilah gambar Rosman Mat Ajis OYKK.
OYKK ialah orang yang kena kurung.
Ini kerja siapa?
Siapa lagi kalau tak senior.
Panjang umur si Rosman ni.
Sekarang ini ada di Putra Jaya.
Gambar dirakam dalam tahun 1980.
Di bilik LG 2.
Penghuni bilik ini.
1.Shakir Md Taha
2.Mamsine
3.Azmi Tuan
4.Badaruddin
5.Rosman Md Ajis
6.Shaari Md Dali
(Gambar dari kiri Rosman,Shakir)

ROSNAM ALI DULU DAN TERNOW



Gambar di bawah Rosnam Ali tahun 1980.
Orangnya dulu hansem.
Rambut panjang.
Sekarangpun hansem,hansem cara orang lama,kata Nik Azimah(PIS)
Rosnam lu mesti banyak berfikir punya.
Apapun sihat dan gembira selalu.
Sekarang mengajar di SMK Tengku Lela Segara,Marang,Trengganu.

Pewaris Malik Ahmad Dan Fauziah Mahmud


Kalau nak tengok dan tahu pewaris Malik dan Fauziah(Kak Com,bukan Combi)
Tapi jangan silap tengok pula.
Berbaju kelabu tu Robert RP @ Non Siam@ Zainal Abidin Yaakob
Rosnam Ali(IS) tanya RP tu apa?
Anugerah!
RP= Rambut Putih. Rosnam belum dapat JP lagi. Mungkin tak dapat bila tengok wajah dia.JP=Janggut Putih.
Berbaju kuning itulah satu-satunya buah hati Fauziah(orang Darul Ridwan) dan Malik Ahmad.
Hamidah Muhammad(PIS) bertanya Kak Com di mana sekarang?
(Soalan macam Filem P.Ramlee, takpa nanti Nana bagi tau no)
Mereka tinggal di Taman Mohd Amin, dekat dengan Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Ini Dia Gambar Hamzah Yang Oripunya



Siapa-siapa yang menatap gambar Hamzah dalam majalah"Pendidik 1980 keluaran Maktab Gaya,Kota Kinabalu jangan komplen. Itu bukan gambar Hamzah Che Husin. Itu gambar sepupu dia. Hamzah sendiri yang meriwayatkan kepadaku. Ini cerita benar lagi sohih. Boleh telefon dia,019-9130094. Dia telah menamatkan alam bujangnya 3 tahun yang lalu. Kini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki,seorang perempuan. Nombor dua baru berusia 1 bulan.

Thursday, March 18, 2010

TerNOW- HAMZAH CHE HUSIN Dah Kawin


Hari Jumaat lalu Aku bertolak ke Trengganu.
Sebelum itu Aku bertemu Malik Ahmad.
Aku beri tahu Malik hendak ke Trengganu.
Sepantas kilat dia menghubungi Hamzah Che Husin minta bokkan hotel.
Aku sempat bercakap dengan dia.
Suara tidak berubah.
Macam 30 tahun dahulu.
Dia minta no.telefon Paulina,Siti Dayang dan Fauziah Jepun.
Hamzah pernah mengajar di Ranau.
Hashimah Sadipun kenal baik dengan Hamzah.
Hamzah menelefon Aku petang itu (Jumaat)
"Sampai Kelantan telefon Aku ya,"
OK.
Tiba di Pekan Jerteh Aku telefon Hamzah.
"Aku on the way,tunggu Aku kat Petronas."
Lebih kurang 10minit Hamzahpun sampai.
bersambung...

Datuk Safiee Keluar Wad

'Datuk' Safiee Md Yusof suami kepada FatimahMustafa telah selamat menjalani pembedahan mata hari ini.
Menurut isterinya Fatimah Mustafa yang berjawatan sebagai PK Koko di Maran,suaminya sihat dan selamat.
Gelaran 'Datuk'dianugerahkan kerana telah mempunyai lebih daripada 10 cucu. Demikian dijelaskan oleh 'Datin'Fatimah Mustafa.

Thursday, March 11, 2010

Azmi Tuan @ Azmi Razali



Azmi Tuan nama popular di Maktab.
Di Semenanjung dikenali dengan nama Azmi Pak Tuan.
Tidak dienkorag menelefon beliau.
Bukan apa-apa.
Pertama dia tidak ada apa-apa.
Telefon selalu tak ada kredit.
Tunggu kawan telefon.
Dia pakai telefon cap ayam.
Awal bulan makan nasi kurma ayam
Pertengahan bulan nasi ayam
Hujung bulan sadin cap ayam.
Sekarang mengajar di SMK Sri Muda,Penaga,Seberang Perai Utara.
Menurut riwayat yang dibawakan oleh Non Siam@Robert Pak Tuan ni susah nak dapat jodoh.
Calon yang ke 99 barulah jadi.
Demikainlah kata sahibut hikayat.
Maka kerana itu tiadalah hamba berhajat menambah lagi.
Gambar dari kiri Azmi Razali,Shakir Md Taha,Azmi Abdul Hamid(TERAS)

Tuesday, March 9, 2010

Senior dan Junior 1980


Dalam gambar ini ada 2 orang senior.
Nasaruddin Bujang(PJPS ). Dia takbujang lagi dah.
Seorang lagi Salim Ismail@ SalimKetunggsp.
Duduk bertinggung kanan sekali Amirul Jamil.
Semasa orientasi A. Jamil kena lempang teruk dengan Salim Ketunggap. Pasal baca Al-Quran no.one.

Duduk kiri,Ustaz A.Wahid,Rasdi,Salim Ismail@Salim Ketunggap dan Amirul Jamil

Berdiri, kiri, Ismail,Zaidi,Nasaruddin Bujang dan Rosnin

Ustaz A. Wahid sekarang ini mengajar di SMK Seri Bedena Sungai Besar, Selangor.

Salim Ismail@ Salim Ketunggap sila layari laman http://pisgayacollege.blogspot.com/

Gambar ini dirakam oleh Azhar anak saudara Cikgu Nordin(Pensyarah Perdangan) di hadapan Bangunan Sekretariat, Sembulan,Kota Kinabalu.

Monday, March 8, 2010

Reunion Yang Tidak Diduga



Pagi itu Aku tertinggal hanfon dirumah. Bila balik ada 3 mis kal. Aku fikir ini tentu panggilan mustahak.
Kalau tidak masakan 3 kali berturut-turut.
Aku panggi balik.
Non yang jawab. Kemudian bertukar suara secara tiba-tiba.
Dato'! Apa khabar?
Malik ke ni?
Tak kang hang kenai suara aku.
Jumpa kat "Pelita pukul 10.00 pagi.
OK. Pelita Bukit minyak.
Lebih kurang jam 10.00 Zainal bersama Malik keluar dari perut Proton 1.3 (model baru).
Memandang keadaan di PELITA tidak begitu selesa kami bergerak ke Auto City.

Minum pagi di Secret Recipe
" Seronok kalau seminggu sekali boleh berjumpa macam ni",kata Malik Tauke Lori.
Dan kemudian makan tengahari di Nashmir sebelum berangkat pulang.
Malik yang belanja makan.

Gambar,mengadap kamera Shakir,Malik, Mamsin, Zainal RP(Rambut Putih)

Tauke Lori


Tolong sikitlah kawan.
Gambar ini bukan pelakon King and I.
Ini gambar terkini,terNOW!
Dia bukan Mr.Kojek.
Dulu dikenali sebagai O.K.K.Golok.
Opsyen seni perusahaan.
Lama dah ucapkan sayonara kepada profesion perguruan.
Dalam lembaran lama ada menyebut dia adalah exco tertinggi Maktab Gaya.
Orang Trengganu yang menetap di Pulau Pinang setelah berkahwin dengan orang Perak.
Sekarang tinggal di Taman Mohd Amin,tak jauh dari Bukit Mertajam.
Malik Ahmad nama diberi.
Terkenal sebagaiTaukeh Lori.
Tak suka makang ikang kari.

Sunday, March 7, 2010

SAINT MALO, FRANCE 2004


St. Malo is a popular tourists attraction of all nationalities in the Brittany, France.Brittany has a vast shoreline which covers a third of the country's coast..Saint Malo is a historical town famous for its great wall along the coast with a beautiful scene and panoramic views.Visitors come here to join the seaside.

A cross channel ferries with Brittanny ferries from Portsmouth to Brittany is a money saver.An average sailing duration takes 10-12 hours (overnight).During a low peak season I was offered a return journey in winter which was only one pound (RM7).My first journey to Saint Malo began in 2004. It offered a sharing- cabin for sleeping for just 20pounds with attached bathroom.The ferry is equipped with numerous night spots,bars,lounges,pubs,cafes and restaurants and you can enjoy western and local cuisines.Fish and chips was delicious and favourite of all.

Suatu perjalanan yang menarik melintasi laut bergelora .Ferry yang besar pun dilambung ombak ganas.Pemandangan laut yang begitu luas dan sayu mata memandang.Pemandangan keluar menampakkan kapal-kapal dagang yang berulang alik serta ferry pelancong yang berulang alik dari UK -Spain dan UK-France.
Malam di atas ferry HIDUP. Kalau jiwa kosong..kalau jiwa resah hilang.Di sinilah kita belajar tentang kehidupan masyarakat yang mempunyai budaya dan latarbelakang yang berlainan.Masyarakat Eropah adalah masyarakat yang maju.Dua ratus tahun yang lalu mereka telah pun tinggal di 'cottage'(rumah batu).Ini dibuktikan apabila tertera tahun yang dipamerkan di pintu utama rumah atau bangunan yang didirikan.Mereka telah merantau dan menjelajah ke seluruh dunia mencari kekayaan.Kekayaan itulah yang di ambil atau dirampas dari tanah seberang untuk pembangunan negara mereka.

Mengikut sejarah St. Malo merupakan kubu tentera Perancis.Di sepanjang pantai kita dapat melihat 'great wall' (bentuk macam great wall of China) . Kubu ini dibina di sepanjang pantai menghalang musuh( Inggeris) mencerobohi Perancis pada masa itu.Kita dapat berjalan berjalan di atasnya sambil menikmati hembusan angin laut yang segar dan nyaman.Pantainya pula penuh sesak dengan manusia yang menikmati keindahan pantai.Awas bang...jangan renung lama-lama nanti pahalanya kurang.
Dari pantainya kita boleh berjalan menuju ke sebuah tanah tinggi yang berbentuk sebuah pulau yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki.Ramai yang berkunjung ke tempat itu.Tetapi dalam beberapa minit sahaja pulau itu akan dikelilingi air laut yang dalam dan menutup lorong pejalan kaki ke pulau tersebut.Sebelum air laut mengelilingi pulau tersebut satu amaran dikeluarkan.Kawasan ini terkenal sebagai air pasang surut yang paling kerap di dunia .Air pasang surut boleh berlaku di dalam masa beberapa minit sahaja.Hati-hati apabila bejalan-jalan di persekitaran pantai St. Malo kerana anda mungkin berjalan di atas dasar laut.Begitu juga semasa anda berada di atas feri anda akan lihat orang ramai bermain 'waterspots' dan berlari di satu kawasan tetapi kawasan itu akan hilang dan dipenuhi oleh lautan yang terbentang luas di dalam masa yang singkat.
Saint Malo terkenal dengan makanan laut.Kalau anda kaki 'udang'(non siam tak makan udang-katanya chlosterol)inilah tempatnya. Bang non...udang boleh makan tapi dengan kulit-kulit sekali(petua drp abang Siti Dayang -Taidin).Aku suka makan ketam.Ketam besar.
Menikmati suasana bandar St. Malo yang sibuk dengan kedai-kedai yang teratur.Penuh dengan cafe, pub dan restoran makanan laut.Terdapat hotel dan 'colonial resorts' di atas bukit dengan pemandangan cantik arah ke laut. Wajah-wajah pelancong yang ceria di susuli dengan landscape yang menarik menambahkan lagi keindahan alam persekitaran.
Kalau anda bercadang ke Perancis berkunjunglah ke St. Malo.Jaraknya agak jauh dari Kota Paris,lebih kurang 350 km .Di sini anda akan merasa tenang dan menikmati angin pantai dan hidangan makanan laut yang istimewa.Kalau anda bernasib baik anda akan ditemani oleh'minah Paris'.Cantik dan menawan.

Berita dari Afgahistan-Tentera NATO Tewas


Afganistan sekali menjadi kubur besar bagi pasukan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Sejak pendudukan Amerika Syarikat dan sekutunya di bumi Affgnistan awal tahun 2010 seramai 112 tentera tewas di medan perang.
Seperti biasa identiti mangsa korban perang tidak diumumkan.

Saturday, March 6, 2010

GALGATE, LANCASTER 1988


Deretan bot-botmu
Yang berlabuh
Di sepanjang tali airmu
Menambat hatiku
Pada alunan air
Pasangan itik
Yang berenang
Ke tepian

Senyuman manismu
Pelukan sayang
Pada tamu yang datang
Membuat musafir terlena
Di taman syurgamu

Sementara
Tingkap-tingkap kacamu
Yang terbuka
Sudah cukup
Mengajar pencuri
Realiti sebuah penghidupan
Di pintu damaimu

Kerlipan lampu-lampu
Memukau hati
Meminta ku tanya pada diri
Apakah aku bermimpi
(ciptaan Abdullah Ngah-Lancaster UK)






Liasin Bin Kaloh


Dia adalah senoir Aku.
Lembut tutur katanya
Berasal dari Kota Belud.
Dialah pemuda yang setiap petang membawa reket badminton turun ke gelanggang.
Sekarang menjadi Pengetua di SMK Sikuati,Kudat
Juga sebagai PresidenPersatuanPengetua Sekolah Menengah Sabah.
Memandangkan keaktifan beliau dalam arena badminton telah dipilih untuk menjadi Pengerusi Persatuan Badminton Pendidikan,Kota Belud.
Gambar Liasin(kiri sekali bersama anak kecil)

Lively Blog

Salam,

Just talked to Shakir on the phone, haven't accessed the blog for quite some time, was away for a semi-official trip and then outstation again. Am happy to see the blog I created is lively with postings and comments ... I'd be happier to see postings from more people as we have with comments.

Shakir, nanti bila free sikit, I shall write something on the Bali trip. Kudos to Shakir, he really makes the blog alive 'n kickin'! So, Shakir, life is an evolution, we humans do change; physically, emotionally, habitually, etc,etc ... some for the better, some for the ... Some of us may remain the way we were (attitude, way of life, behaviour, etc, etc - not OUTLOOK though!), so do not be discouraged by these phenomenon, THAT'S LIFE ... go ahead with your good effort; get more old friends to join, find those whom we have long lost contact with and if God permits, we will one day meet .. before we return to the Creator ... I am sure, many out there appreciated your good work.

Hopefully I am still the Mamsin you people used to know, if was friendly/unfriendly then, I am still as I were, if I am jovial/moody then, I am still as I were ... so you guys & gals out there, if you people happened to be somewhere near plz do not hesitate to contact me ... though Shakir selalu kata aku tak jawab call, that's because aku tak perasan, phone selalu on silent mode during office hours ... tapi bila aku realised seldom aku tak returned the call or SMS.

Salim, lama tak sembang dengan hang. Betui ka hang nak migrate ke Dubai/Saudi Arabia lepas retirement, which I understand is coming soon? Hang kata dulu nak balik Penang. Shakir kata hangpa plan nak ke KK somewhere in June, no problem aku join sama, we can fly AirAsia from Penang direct to KK, we do the booking earlier so that we can get cheaper fares. Hangpa juga plan nak pi China ka? Aku dlm perancangan nak ke India somewhere in October, jom kita join sekali la, kita buat gila-gila macam zaman muda-muda dulu ... aku ada tengok movie di HBO channel cerita pasai old friends met, go travelling and buat gila-gila macam zaman muda-muda, it will be good .. jom sapa-sapa nak join, Non hang tak mau ikut ka?

Cheerio!

Friday, March 5, 2010

Berita Tergempaq- Salim Ketunggap


Dengan rasa gembira Salim Ketunggap@Salim England telah memberi tahu melalui telefon sore tadi dia bersara tidak lama lagi. Beliau akan membantu syarikat yang dibangunkan oleh adiknya yang beribu pejabat di Dubai.
Beliau juga memaklumkan bahawa akan turut sama membantu syarikat saudaranya yang berada di Saudi Arabia. Beliau mengucapkan "Sayonara" kepada rakan-rakan guru di Semenanjung,Sabah dan Sarawak
Oleh Shakir Md Taha

Thursday, March 4, 2010

Kekejaman Dan Kezaliman

Kadang-kadang Aku terfikir di dunia yang indah ini kenapa berlakunya kezaliman. Ada ilmuan yang mengatakan dengan cara sebegitu simplistik: kezaliman memang menjadi watak manusia. Manusia sudah diprogramkan untuk memfitnah,menyiksa,merampas,menindas,mencantas,menahan kenaikan pangkat,menakluk dan sebagai. Ini semua dilakukan kerana kepentingan peribadi. Apakah agama, pendidikan dan budaya tidak berupaya mengubahnya? Grand Theory mengatakan kezaliman dan sebagainya adalah tabiat manusia yang diwarisi turun temurun. Teori ini tidak disokong oleh sebarang kajian ilmiah yang kukuh. Hanya berdasarkan satus quo. Jadi kerana itu anda boleh lakukan apa sahaja. Tidak perlu risau kerana melakukan kezaliman adalah 'fitrah'. Berdasarkan teori ini tidaklah aneh, tidak pelik kiranya orang soleh membuat zalim.
Akhirnya teori besar ini ditolak pada tahun 1986 di Seville.Para ilmuan menolak teori ini setelah menandatangani satu deklarasi. Melakukan kezaliman bukanlah suatu yang diprogramkan atau berpunca daripada genetik. Ini semua berlaku kerana "jiwanya sakit"
Para pengkaji telah meneliti dan menemukan bahawa penyebab utama perbuatan zalim bukanlah kerana faktor genetik atau fikiran yang sewel tetapi kerana hilangnya kemampuan untuk berempati perasaan orang lain.
Ketika Anda berbuat zalim,menyakitihati orang, anda tidak merasa apa-apa. Anda tidak merasa kepedihan orang yang dizalimi.Dan Anda juga tidak menduga bahawa orang yang dizalimi merintih kerana kehilangan hak-haknya. Anda merasa ini adalah suatu "keuntungan". Tidakkah Anda terfikir dunia ini ada pemiliknya. Anda adalah Khalifahnya. Bila hari akhirat nanti,di Padang Mahsyar ternyata keuntungan yang anda perolehi di dunia merupakan kerugian besar. Di sana anda akan merasakan kesengsaraan,kepedihan,kepayahan dengan menanggalkan hasil kerja anda di dunia kepada mereka yang dizalimi. Maka pada saat itu Anda mula menggerti erti empati.Sayangnya, Anda sudah berlambat! Pintu taubat sudah tertutup buat selama-lamanya!

Tuesday, March 2, 2010

Gambar TerNOW Orang Kuat PIS 79/80


Mula-mula buka facebook ingat penyanyi pop yeh yeh.
Tak perasan pula aku siapa gerangannya.
Setelah dizom barulah aku tahu,yang sebelum ini aku tak tahu.
Baru sekarang Gua tahu,Norhayati Adam rupanya.
Pasangan yang cukup hebat menurut hematku.
Setianya Yati sanggup berdiri diatas titi
Seorang diri
Menanti Abang A.Razak sampai tenghari.
Penolong Ketua kelas yang cukup rajin.
Sampai ke kelas tercunggap-cunggap.
Sangat friendly dengan semua orang terutama dengan Salim Ketunggap
Sekarang tinggal di Tangkak, Johor.
Selalu turun ke Kedah.
Tapi haram tak pernah singgah ke rumah Aku dan Mamsin!
Al maklumlah pasangan yang cukup sibuk.

Monday, March 1, 2010

Rasdi Sa'amah


Rasdi dari Kelantan
Guru pelatih yang beropsyen Pengajian Melayu Ilmu Alam.
Sekarang sebagai pensyarah di Institut Perguruan,Kuantan Pahang
Semasa di Maktab beliau cukup aktif bergerak memimpin Persatuan Bahasa Melayu
Dan sehingga kini masih segar dan aktif dalam bidang kebahasaan.
Ini terbukti apabila beliau berjaya menghasilkan beberapa buah buku tentang bahasa.