Our Chat Room

Monday, March 22, 2010

Omar Abu Bakar Tauke Manggi


Inilah gambar Tauke Manggi. Tahun ini Omar baru tahu siapa yang curi sekotak mi manggi dia.'Aku halallah,'kata Omar.
Salim Ketunggap punya kerja. Selepas dia kebas sekotak dengan senang hati dia nyanyi lagu. Til,til mare hati.Tingginya empat kaki,empat empat,empat kaki. Naik basikal tak sampai kaki. Senang hati,senang hati. Dapat manggi. Tak gaduh beli. Senang hati.
Kata Salim,Bang Omar suka naik VESPA. Macam gambar di atas. Aku suka naik motor BSA.


3 comments:

  1. Kali terakhir aku bersama Omar pada tahun 1983 semasa kami sama-sama mengajar di SEK Vokasional Sandakan.Mamsin juga mengajar di situ.Dia mengajar perdaganagn.Orangnya tak berubah.Suaranya garau-garau.Omar bijak berbicara gaya seorang politikus.Pakaian sentiasa kemas.Berseluar panjang dan bertali pinggang atas pusat.Maklumlah takut terlondeh .Dia tak pernah pakai seluar pendek.Nanti orang kata dia budak Tadika.Aku dan Omar akan sama-sama berjalan kaki ke Masjid Negeri Kota Kinabalu mengerjakan sembahyang jumaat.Omar pandai cari duit. Dia tauke mee maggie masa kat maktab.Business tak pernah untung.Kaki beli mee maggie pun ramai.Kaki curi pun ramai.Seingat aku dia ada beli motor jenis VESPA.Bang Omar kalau naik Vespa laju macam hero zaman 60an.Tapi sayang dia naik sorang-sorang.Tak ada teman.
    Orangnya baik tapi kuat merajuk.Bila pujuk baik semula.Aku selalu buat dia merajuk.Hari ini semua tinggal kenangan.Aku tidak pernah lagi bertemunya.Mungkin wajahnya telah berubah dimamah usia.Dia telah pun berkeluarga seperti aku, mamsin, shakir, malik, bang non etc.etc.Zaman remaja telah berlalu.Zaman paling indah.

    ReplyDelete
  2. Aku selalu juga menelefonnya.Dengar suara. Rupa tiada.Suaranya macam dahulu juga.Garau.Tingginya aku fikir sama seperti lagu yang dinyanyikan oleh Salim.Semasa aku menefonnya, bahasanya cukup santun sekali.Baik orangnya.Mudah menghulurkan senyuman.

    ReplyDelete
  3. aku banyak kali berjumpa dgn Omar baik orgnya.

    ReplyDelete