Our Chat Room

Sunday, March 7, 2010

SAINT MALO, FRANCE 2004


St. Malo is a popular tourists attraction of all nationalities in the Brittany, France.Brittany has a vast shoreline which covers a third of the country's coast..Saint Malo is a historical town famous for its great wall along the coast with a beautiful scene and panoramic views.Visitors come here to join the seaside.

A cross channel ferries with Brittanny ferries from Portsmouth to Brittany is a money saver.An average sailing duration takes 10-12 hours (overnight).During a low peak season I was offered a return journey in winter which was only one pound (RM7).My first journey to Saint Malo began in 2004. It offered a sharing- cabin for sleeping for just 20pounds with attached bathroom.The ferry is equipped with numerous night spots,bars,lounges,pubs,cafes and restaurants and you can enjoy western and local cuisines.Fish and chips was delicious and favourite of all.

Suatu perjalanan yang menarik melintasi laut bergelora .Ferry yang besar pun dilambung ombak ganas.Pemandangan laut yang begitu luas dan sayu mata memandang.Pemandangan keluar menampakkan kapal-kapal dagang yang berulang alik serta ferry pelancong yang berulang alik dari UK -Spain dan UK-France.
Malam di atas ferry HIDUP. Kalau jiwa kosong..kalau jiwa resah hilang.Di sinilah kita belajar tentang kehidupan masyarakat yang mempunyai budaya dan latarbelakang yang berlainan.Masyarakat Eropah adalah masyarakat yang maju.Dua ratus tahun yang lalu mereka telah pun tinggal di 'cottage'(rumah batu).Ini dibuktikan apabila tertera tahun yang dipamerkan di pintu utama rumah atau bangunan yang didirikan.Mereka telah merantau dan menjelajah ke seluruh dunia mencari kekayaan.Kekayaan itulah yang di ambil atau dirampas dari tanah seberang untuk pembangunan negara mereka.

Mengikut sejarah St. Malo merupakan kubu tentera Perancis.Di sepanjang pantai kita dapat melihat 'great wall' (bentuk macam great wall of China) . Kubu ini dibina di sepanjang pantai menghalang musuh( Inggeris) mencerobohi Perancis pada masa itu.Kita dapat berjalan berjalan di atasnya sambil menikmati hembusan angin laut yang segar dan nyaman.Pantainya pula penuh sesak dengan manusia yang menikmati keindahan pantai.Awas bang...jangan renung lama-lama nanti pahalanya kurang.
Dari pantainya kita boleh berjalan menuju ke sebuah tanah tinggi yang berbentuk sebuah pulau yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan kaki.Ramai yang berkunjung ke tempat itu.Tetapi dalam beberapa minit sahaja pulau itu akan dikelilingi air laut yang dalam dan menutup lorong pejalan kaki ke pulau tersebut.Sebelum air laut mengelilingi pulau tersebut satu amaran dikeluarkan.Kawasan ini terkenal sebagai air pasang surut yang paling kerap di dunia .Air pasang surut boleh berlaku di dalam masa beberapa minit sahaja.Hati-hati apabila bejalan-jalan di persekitaran pantai St. Malo kerana anda mungkin berjalan di atas dasar laut.Begitu juga semasa anda berada di atas feri anda akan lihat orang ramai bermain 'waterspots' dan berlari di satu kawasan tetapi kawasan itu akan hilang dan dipenuhi oleh lautan yang terbentang luas di dalam masa yang singkat.
Saint Malo terkenal dengan makanan laut.Kalau anda kaki 'udang'(non siam tak makan udang-katanya chlosterol)inilah tempatnya. Bang non...udang boleh makan tapi dengan kulit-kulit sekali(petua drp abang Siti Dayang -Taidin).Aku suka makan ketam.Ketam besar.
Menikmati suasana bandar St. Malo yang sibuk dengan kedai-kedai yang teratur.Penuh dengan cafe, pub dan restoran makanan laut.Terdapat hotel dan 'colonial resorts' di atas bukit dengan pemandangan cantik arah ke laut. Wajah-wajah pelancong yang ceria di susuli dengan landscape yang menarik menambahkan lagi keindahan alam persekitaran.
Kalau anda bercadang ke Perancis berkunjunglah ke St. Malo.Jaraknya agak jauh dari Kota Paris,lebih kurang 350 km .Di sini anda akan merasa tenang dan menikmati angin pantai dan hidangan makanan laut yang istimewa.Kalau anda bernasib baik anda akan ditemani oleh'minah Paris'.Cantik dan menawan.

1 comment:

  1. Ya Salim,cantik menawan,hati tertawan, jangan kena sawan dan tak ketahuan sudahlah.Rugi tak makan undang.Rugi tak makan ketam.Boleh makan tapi jangan makan kedarah! Petua aku,sebelum makan undang,order 2 gelas jus epol.Minum pastu makan undang Baca doa.Bislahillazi.......jumpa aku lah senang sikit.

    ReplyDelete