
Akhirnya teori besar ini ditolak pada tahun 1986 di Seville.Para ilmuan menolak teori ini setelah menandatangani satu deklarasi. Melakukan kezaliman bukanlah suatu yang diprogramkan atau berpunca daripada genetik. Ini semua berlaku kerana "jiwanya sakit"
Para pengkaji telah meneliti dan menemukan bahawa penyebab utama perbuatan zalim bukanlah kerana faktor genetik atau fikiran yang sewel tetapi kerana hilangnya kemampuan untuk berempati perasaan orang lain.
Ketika Anda berbuat zalim,menyakitihati orang, anda tidak merasa apa-apa. Anda tidak merasa kepedihan orang yang dizalimi.Dan Anda juga tidak menduga bahawa orang yang dizalimi merintih kerana kehilangan hak-haknya. Anda merasa ini adalah suatu "keuntungan". Tidakkah Anda terfikir dunia ini ada pemiliknya. Anda adalah Khalifahnya. Bila hari akhirat nanti,di Padang Mahsyar ternyata keuntungan yang anda perolehi di dunia merupakan kerugian besar. Di sana anda akan merasakan kesengsaraan,kepedihan,kepayahan dengan menanggalkan hasil kerja anda di dunia kepada mereka yang dizalimi. Maka pada saat itu Anda mula menggerti erti empati.Sayangnya, Anda sudah berlambat! Pintu taubat sudah tertutup buat selama-lamanya!
No comments:
Post a Comment