Anawar,Jack dan Hastarija. Aku masih ingat pada mereka ini.
Anawa sentimental orangnya. Orang Kuala Kangsar.
Sekali sekala Aku bercakap dengannya semasa di MPG(79).
Sekarang di Unit Pembangunan Jabatan Pelajaran Perak.(Lihat gambar kanan 79)
Tinggal di Kuala Kangsar.
Jack orang Sabah. Tidak berapa tinggi orangnya.Kurus badannya. Suka main tenis. Orang Keningau. Khabarnya sekarang tinggal di Sipitang. Kawan baik Anawa(Yop) dahulu dan kini.
Hastirija setahu Aku dia orang Perak. Menurut sahibul hikayat Hastarija pergi menuntut diUnited Kingdom . Semasa di MPG dahulu masak memasak serah padanya. Pasti beres. Jamuan Hari Raya dia dan Rasibah yang jadi chefnya.
Dan sekarang khabar yang sah dia sudah bertukar ke bidang lain. Tidak lagi memasak. Sekarang mengajar di Politeknik Johor Bahru dalam bidang fesyen dan pelancongan.
No comments:
Post a Comment