Aku pernah ke sini suatu masa dahulu. Tahun 1979. Aku ,Azizan ,Suhaim, Wan dan Eswan Keliwan ke rumah Bakar Tahir. Kami tidur di surau sebab malamnya ada program. Makan ikan dan udang yang baru ditangkap pada malam itu. Enak dan sedap. Tiada yang serupa dengannya. Semuanya sudah berlalu. Surau yang kami bermalam 30 tahun lalu sudah diganti dengan yang baru.
Sekarang surau baru. Cantik dan kemas. Ramai pengunjungnya. Aku dan Salim sempat berbual dengan jemaah yang ada malam itu. Ada yang pernah bekerja di Semenanjung. Berkahwin dengan gadis dari Tanah Besar dan akhirnya menetap di Kampung Nyaris-Nyaris yang aman dan tenang. Mereka bahagia di sini.
Selepas solat, Aku,Salim,Momin dan Marianah meredah malam menuju ke Kota Kinabalu. Ketenangan malam menyambut kepulangan kami. Dan malam bertambah malam.
No comments:
Post a Comment