Malam masih muda.Baru pukul 10.30malam.Di Taman Aku tinggal cukup tenang dan damai. Aku duduk di hadapan komputer. Kesunyian malam itu dipecahkan oleh jeritan telefon.Siapa pula yang telefon ni.Mungkin mustahak.
'Helo'.
'Encik pernah bertugas di Sabah?
'Pernah.'
'Encik pulang ke Semenanjung tanpa menyelesai 'income tax' selama setahun
'Encik tolong bayarlah!.
'Awak jangan main-main dengan saya.'
'Kah,kah,kah,kah,kah.'
'Kenapa ketawa?
'Mana ada pegawai hasil dalam negeri telefon orang malam-malam begini. Encik seorang pegawai yang cukup rajin dan dekasi. Kah,kah,kah,kah!
Sebenarnya Aku sudah dapat kesan siapa 'pelakon' ini. Tapi sengaja aku biarkan dia berlakon semau-maunya.
Suaranya Aku cukup pasti.Orangnya cukup Aku kenal. Dia pasti rakan MPG yanghendak 'mengenakan' Aku.
Suarnya agak nyaring dan tinggi. Ada waktunya terpantul keluar loghat Perak dari bibirnya.
'Ini Tuan Hj Shaharudin Isa!.Apa khabar?
'Sihat ke?
'Sihat.'
'Jantung macam mana?
'Setakat ni belum buat bypass lagi. Saya ikhtiar cara lain dahulu. Tapi benda yang agak berat tak boleh angkat.Terasa sakit. Bahagian dada.'
'Cuti ni ke mana?
'Keluar 40hari.'
'Ke India?
'Di Malaysia sahaja.'
Dia orang kuat Jamaah Tabligh Al-Islami. Cutinya banyak dikorban untuk berdakwah
Ke India sudah.
Ke Thailand sudah
Ke Filipina sudah dan ke Mekahpun sudah.
Seingat Aku Tuan Shaharudin Isa sudah berdakwah ketika usianya masih hijau lagi. Dia masih lagi mampu menikmati sinaran mentari pagi.
No comments:
Post a Comment