Our Chat Room

Monday, November 8, 2010

Panggilan Telefon Daripada 'Latif Ibrahim'


Aku dirumah.
Duduk dihadapan komputer
Sambil makan yorgut.
Sedap.Selepas itu buka blog.
Dan sebelum ini Tuan Mamsin sms.
Free petang ni,mailah ketempat kerja Aku.
Tiba-tiba handfon Aku berdering.
'Sebentar Encik,ada panggilan'.
Angkanya bermula dengan 088.
Ini mesti kawan dari Sabah.
Tapi siapa?
'Kenal tak ini siapa?
Suaranya macam Aku pernah dengar.
Handfon Aku hanya mengeluarkan suara,rupa tiada
Aku tidak terus menjawab
"Mominkan"
Ya,ya!
Itulah senior Aku,Momin Awang Damit yang bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Gaya.
Bulan Jun dan Julai tahun ini Aku dan Salim bertemu dengan dia.
Kami sempat ke majlis kenduri kahwin anaknya yang bernombor 2.
Khabarnya tak lama lagi Momin dan Marianah akan bergelar "Datuk"dan "Datin"lah.
Kawan kita di Sabah yang sudah mendapat gelaran "Datuk"antaranya Wan Zainuddin dan Hasyimah Sadi.

Semasa di Maktab, nama panggilan "Latif Ibrahim" lekat padanya.
Orang yang sering memanggil dengan nama itu adalah Fauziah Sulaiman@Fauziah Jepun.

No comments:

Post a Comment