Biasanya pagi Sabtu Aku ke Kemabong. Di Kemabong ada sebuah sekolah menengah yang namanya SMK Kemabong. Pekan kecil Kemabong kaya dengan kesunyian. Di sini,diawal tahun 80an tidak ada restoran,tidak ada hotel. Cuma yang ada nyanyian suara unggas dan nyamuk. Malamnya bertemankan lampu minyak tanah dan kandil yang melambai-lambaikan cahayanya dan padam bila disergah angin malam.
Salah seorang kawan Aku bernama Azemi Salleh. Beliau berasal dari Kodiang,Kedah. Sebelum itu Cikgu Azemi mengajar di SMK Bingkor. Selepas bertukar ke SMK Kemabong. Keistimewaan Cikgu Azemi beliau pandai melukis. Lukisannya cantik dan menarik. Ada yang gila-gila sedikit seperti 'Snooker of Tenom'. Lukisan ini kemudian dicap diatas baju-T.
Pada tamu yang datang bersedialah dengan hidangan malam sardin cap ayam. Semuanya dimasak sendiri. Tidak ada air paip. Air minuman adalah air tadahan hujan. Kalau mahu mandi pergilah ke belakang rumah ada anak sungai. Mandilah sepuas-puasnya. Pun begitu guru-guru yang mengajar di sini tidak pernah merungut. Hujung minggu turun ke Pekan Tenom. Biasanya CikguAzemi akan turun ke Pekan Tenom dengan motorsikal scramblernya yang agak lusuh untuk membeli keperluan dapur. Bila ada kelapangan beliau bermalam di SMJK Chung Hwa Tenom menonton TV. Pagi-pagi beliau meluncur balik ke Kemabong yang menjanjikan kesunyian malam.
Email: shakirtaha@gmail.com
No comments:
Post a Comment