Our Chat Room

Thursday, May 26, 2011

Aku di SM Chung Hwa, Tenom


Aku pernah mengajar di sekolah ini. Dahulu namanya SMJK Chung Hwa. 31 tahun yang lalu. Seingat Aku di sinilah Ustaz Awang tinggal. Ustaz Awang anak Kelantan yang berkahwin dengan orang Tenom. Dia tetap dan berpencen di sini. Aku tidak sempat bertemu dengan dia sewaktu Aku melawat Tenom.

Aku hanya dapat bertemu dengan mantan Pengetua Puan Chiam yang baik hati itu. Dia masih megenali Aku.

Zaman itu tidak ada kedai koperasi. Pelajar membeli keperluan persekolahan mereka di Pekan Tenom yang kaya dengan kesunyian di waktu malam. Pada masa itu, malamnya tidak ada teh tarek. Sekali sekala makan sate Wak Khamis. Sate Wak Khamis memang sedap. Tapi sayangnya waktu Aku ke Tenom tempoh hari lalu, Wak Khamis tidak berniaga.

Secara fizikal Pekan Tenom sudah banyak berubah. Masjid tidak lagi berada di atas bukit. Sudah ada di bawah. Tapak SK Pekan Tenom tempatnya. SK Pekan Tenom ke tempat lain yang selesa

Aku tidak berjumpa dengan Cikgu Nordin,orang Johor yang isterinya wanita berketurunan Cina tempatan. Aku sempat berjumpa dengan bekas kerani,Encik Aslie yang berasal dari Kota Belud. Beliau sudah naik pangkat.

Oleh Shakir Md Taha

Monday, May 23, 2011

Uncle Mus Bertanya Khabar

Tahun ini Uncle Mus datang ke Malaysia. Uncle Mus seorang jurutera anak kelahiran Changkat ,Nibong Tebal, Pulau Pinang, kini terus menetap di England. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Inggeris, beranak dan bahagia.

Sekali sekala bila rindu datang melanda pada keluarga di Pulau Pinang, beliau pulang ke kampung halamannya. Saudara mara masih ramai di kampung. Aku sempat membawa Uncle Mus melawat ke kampung halamannya.


Beliau masih ingat lorong dan jalan ke kampung halamannya. Jadi mudahlah Aku membawa Uncle Mus ke rumah saudara maranya di kampung Changkat,Nibong Tebal. Uncle Mus fasih bercakap Bahasa Melayu walaupun sudah 50 tahun meninggalkan Tanah Melayu. Di sini dia dilahirkan bersama senandung deru seru injin Keretapi Tanah Melayu.

Uncle Mus rajin menelefon Salim. Menariknya beliau bertanya bila Ex-MPG nak tubuhkan persatuan. Momin sudah uruskan.


Friday, May 20, 2011

Senja Di Panarlaban

Senja di Panarlaban
Dikala senja di hujung sakratul maut
Malam sudah bersedia menjalankan tugasnya.

Adakalanya malam ditemani pungguk
Pungguk yang menantikan bulan di balik tirai malam

Malam yang masih muda
Malam yang tua
Tetap akan bertengkar dengan cahaya bulan
Cahaya dari cahaya
Cahaya lampu

Malam akan bersua dengan manusia
Manusia yang tiada kepala
Manusia yang tiada hati
Manusia yang tiada telinga

Mausia itu hanya kenal menang.

Guru Bahasa Inggeris Aku

April 2011 yang lalu Aku dan kawan-kawan
bertemu semula dengan guru Bahasa Inggeris yang
berasal daripada Amerika Syarikat. Dia mengajar
Aku sewaktu 'standard five' pada tahun1966.

Dia masih berhubung dengan kami melalui facebook
dan email.

Thursday, May 12, 2011

Hati Seorang Ibu

Gambar di sebelah kanan ialah anak Ustaz Senan. Umurnya 10 tahun tapi kelihatan seperti setahun sahaja. Namanya Aiman. Dia tidak boleh berjalan.Tidak boleh berkata-kata. Tapi dia memahami apa yang kita kata. SubhanaLlah! Kebesaran Tuhan yang sukar difikir dengan akal. Tapi beginilah jadinya. Manusia kahwin,beranak dan bahagia.

Isteri Ustaz Senan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Tidak berduka menerima anugerah anak seperti ini.
Selagi hidup dikandung badan,Aiman tetap dijaganya.

Pihak berwajib ada memberikan RM140 sebulan untuk Aiman. Semuanya untuk keperluan Aiman. Makan,pakai,minum dan pendek kata,semua keperluan Aiman diuruskan oleh isteri Ustaz Senan. Kasih sayang seorang Ibu tidak pernah kenal jemu.

Malamnya,Aku dan kawan-kawan dari Wargakilang pulang.
Aku masih teringat Aiman anak Ustaz Senan itu. Banyak persoalan yang bermain di dalam kepala. Malam bertambah malam. Lampu-lampu di pinggir jalan bertengkar dengan malam. Biarlah ku tiduri malam ini di bawah cahaya bulan tua dengan penuh ketenangan.

Oleh Shakir Md Taha

Wednesday, May 4, 2011

Nasir Guru Besar Cemerlang

Aku temuinya semalam dipinggir senja di sebuah restoran. Nasir Jamaluddin anak didik MPG sesi 1980/81. Gambar ini(Nasir duduk ditengah) dirakam pada tahun 1981.

Wajah yang kutemui semalam seperti dahulu. Bicaranya perlahan dan lembut. Nasir cukup dikenali sewaktu mengajar di Sabah. Seorangnya cukup peramah.

Kepemimpinannya cukup terserlah. Seorang guru besar yang terlibat dalam bahagian peperiksaan. Pun begitu beliau masih mampu mengekalkan prestasi kerjanya hingga beliau dinobatkan sebagai Guru Besar cemerlang.

Sekarang beliau bertugas di SK Sri Tasek, Tasek,Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Cikgu Nasir lebih dikenali dengan panggilan 'Abang' sama ada di PPD,unit peperiksaan atau dengan kawan-kawan di Pulau Pinang.

Sewaktu pulang dari menunaikan fardhu haji dia cukup sihat. Dan malam itu aku disajikan dengan buah tamar dari Madinah yang cukup lazat. Aku pulang dengan riang ketika malam bertengkar dengan lampu-lampu dipinggir jalan.

Monday, May 2, 2011

Rumah Kecil Tiang Seribu

Perjalanan yang indah dan ceria. Singgah sebentar di rumah Ustaz Senan
Dari dalam. Di sini tidak sofa,tidak ada peti ais,yang ada hanya desiran angin menampar muka
Bergambar bersama Ustaz Senan(berbaju putih, berkaca mata hitam)

Biasanya di hujung minggu dihabiskan bersantai bersama keluarga. Tidak kira di mana. Di rumah,di tepi pantai ataupun di hotel mewah. Tapi rakan-rakan dari Wargakilang sebuah NGO keluar menemui masyarakat pinggiran(marginal society) dengan menghulurkan bantuan seperti makanan dan serba sedikit peralatan rumah. Ramai dikalangan Wargakilang terdiri daripada golongan profesional. Keluar menemui masyarkat seperti ini bagi mereka adalah satu tanggungjawab sosial. Program seperti ini telah dimulakan sejak tahun 2003 lagi. Baru tahun ini Aku berkesempatan ikut serta. Itulpun setelah berkenalan dengan Ir.Abd.Wahab

Antara rumah yang Aku lawati ialah rumah Ustaz Senan. Beliau sorang OKU dan mempunyai seorang anak OKU. Anak itu itu sudah berusia 11 tahun tapi kelihatan seperti kanak-kanak yang berumur 1 tahun. Anak mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rumah kecil tiang seribu milik Ustaz Senan dikelilingi sawah bendang. Beliau berkebolehan mengajar Al-Quran dan tajwid. Sayangnya sijil agama yang digenggangnya selama beberapa tahun yang silam telah hilang. Lantaran itu sulit bagi untuk memohon jawatan tetap dijabatan kerajaan. Beliau masih lagi menabur bakti sebagai guru Al-Quran dan tajwid di kampung.

Di rumahnya yang ada hanyalah keluarganya, dapur memasak,pinggan,periuk, bilikair dan tandas yang terletak di luar rumah.

Di sini tidak ada kipas angin, tidak peti ais, tidak ada kamar tidur. Yang ada hanyalah desiran angin yang menampar muka. Pun begitu Ustaz Senan nampak tenang dan dengan penuh kesenyuman menerima kedatangan Aku dan puluhan Wargakilang. Cuacapun cukup girang menyambut kedatangan kami. Kalau langit mencurahkan air,keadaan di sekitarnya menjadi penuh lecah. Tapi hari itu cuaca cukup lembut menyambut kedatangan kami. Terasa cukup lega.
Dan rasanya Ustaz Senanpun cukup lega dengan kedatangan kami.

Sebahagian daripada Wargakilang ke destinasi yang terakhir, ke Kg Padang Kunyit,Grik, Perak. Ada tujuh buah kereta yang ke sana. Kami ke rumah Puan Sharifah Bt Hashim yang kematian suami. Beliau terpaksa menanggung 7 orang anak yang masih bersekolah.Pihak Wargakilang menyumbangkan beras,tepung,gula dan lain-lain keperluan dapur.

Agak lelucukan juga bila ada rakan yang ditahan polis kerana memotong 'double line'. Kami berterima kasih kerana polis dengan budibicara memberi amaran dan melepas rakan-rakan daripada disaman. Pihak polis setelah mengetahui kami badan NGO dan tujuan ke sini untuk kerja amal(mungkin dengan penuh simpati) hanya memberi amaran dan tidak menyaman. Terima kasih Pak Polisi!

Setelah selesai menghulurkan sumbangan kepada Puan Sharifah kami ke rumah rakan Wargakilang Sdr.Sharolnizam Tarmizi atau lebih dikenali dengan panggilan "Komrad". Beliau telah menyediakan malam di rumahnya. Ibunya menghidangkan kami dengan nasi lemak ikan bilis,serunding ayam,kek,kuih cucur undang,karipap,teh o panas dan minuman sejuk oren. Sedap hingga tak terkata. Terima kasih Sdr. Komrad!

Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com