Our Chat Room

Thursday, June 21, 2012

Pertemuan Di Keningau


















Aku memang berhajat untuk menemui bekas-bekas pelajar yang pernah Aku didik mereka mulai tahun 1981-1986. Mereka adalah bekas-bekas pelajar SMJK Chung Hwa,Tenom,Sabah.

Jessie Lie yang mengatur pertemuan yang bersejarah ini. Inilah kali pertama aku menemui mereka setelah meninggalkan Sabah pada hujung tahun 1986. Ini bererti setelah 25 tahun tahun baharu aku menemui mereka kembali. Mereka sudah mencecah usia 40an.

Mereka bahagia bersama keluarga.Ada yang mempunyai karier sendiri dan tidak kurang yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ada waktunya mereka membantu perniagaan suami masing-masing.Aku cukup bangga dan gembira dengan kejayaan mereka. Dan aku dapat melihat kejayaan mereka dari dekat.

Banyaklah cerita lucu yang terkeluar semasa pertemuan. Aku hanya mampu ketawa sahaja. Aku senang sekali dengar cerita daripada Jessie Lie,Moi Gin,Fung Lan,Chong En Har dan suaminya,Mr.Lim.Chong En Har dan suaminya terlibat dalam perniagaan jualan kereta.


Oleh Shakir Taha

No comments:

Post a Comment