Our Chat Room

Sunday, June 3, 2012

Saiful Anuar Safian dan 'Wak Johor'




















Saiful Anuar kini menetap di Slim River,Perak. Dia masih mengajar.Manakala 'WakJohor'sudah bersara. Ada waktu terluang pasti dia pulang ke Langkap,kampung halamannya.Wak orang Perak.

Dengan Wak aku selalu juga berjumpa. Tetapi dengan Saiful Anuar sekadar bercakap dalam telefon. Suatu masa dahulu dia cukup dikenali dengan nama "Mat Langgau". Tuan Salim Ismail selalu sebut nama ini.Dan Salim sudah berjumpa dengan Saiful dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Tuan Salim kawan baik Saiful Anuar.

Wak Johor pernah disebut "Mat T**k tapi nama ini tak popular.Orang tak suka panggil nama ini. Tapi bila ada yang marah kat dia pasti nama ini terpancut keluar! Bagusnya Wak nie,dia hanya tersenggeh bila perkataan ini kena batang tubuh dia.

Apapun nama-nama ini tinggal kenangan sahaja. Tapi tidak pula dengan nama Mat Skoding. Nama ini tetap popular sampai sekarang. Seluruh warga Gaya(79/80) cukup mengenali nama ini. Mat Skoding!

Gambar oleh Tuan Yusof Maulut.

No comments:

Post a Comment