Our Chat Room

Monday, April 26, 2010

CATATAN SEPANJANG MINGGU INI


Cuaca panas
Kadang-kadang hujan petang.
Ada waktu panas membakar hingga petang.
Penjual air tebu senyum girang
Penjual cendul cepat tutup kedai awal.

Pagi itu penjual daging kambing pulang awal.
Baru pukul 10.00 pagi penjual daging bernama Md Noor sudah tutup gerainya
Dia menelefon aku minta datang awal sedikit.
Biasanya pukul 10.30 pagi baru Aku ke tempat dia.
Daging sudah habis dijual."Saya tunggu Cikgu saja",katanya dengan penuh senyum.

Malamnya Salim England telefon.
Sembang panjang juga.
Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.
Kerap mesyuarat.

Petangnya terima SMS daripada Mamsin
Beliau Ketua Jabatan IT.
Selalu sibuk.
Terbang sana,
Terbang sini.
SMSnya "free malam ni kita jumpa".
Aku 'call' Non(Zainal Abidin ). Ok. Line clear.
"Nanti aku call Malik"
Telefon berdering.
Ok ke?
Ok, Auto City.

Malamnya ke Auto-City
Malam di sini macam tidak tidur.
Ada yang datang dengan laptop dan notebook.
Ada yang menghabiskan sebahagian malamnya di sini.
Makan nasi kandar di waktu dinihari.

Besoknya Zainal muncul dalam facebook
Bertanya khabar semalam balik pukul berapa.
Malik membalas ya waktu dinihari baru pulang.
Di situ Mamsin memperturunkan ilmu IT.
Yang dapat,dapatlah.

Malam bertambah malam.
Air ditambah,
Air diminum.
Kopi pahit menguasai diri.
Pulang bertemankan kopi pahit.
Jalan sunyi sepi.
Tiada kereta rosak di tepi jalan.

Catatan Shakir Md Taha.

4 comments:

  1. Terima kasih Tuan Zainal sudi baca dan komen.

    ReplyDelete
  2. Bertemu dipenghujung senja dapat mengingatkan nostalgia di awal remaja.Pertemuan hari ini tidak sehebat dulu.Tutur kata tika ini disusun penuh bersopan.Tidak lagi mencerminkan anak jantan.Pantang dicabar.Pertemuan hari ini penuh gelak ketawa. Ada sayu dan lara.Wajah ceria penuh tanggungjawab.Cerita suka duka semasa remaja menghibur bicara.Suatu cerita yang tidak akan padam hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. Cerita suka duka sekadar penghibur sepi. Ia sebagai kecapi pengibur sepi. Terima kasih Tuan Salim sudi baca dan memberi komen.

    ReplyDelete