Alangkah indahnya di awal remaja hubungan siratulrahim cukup mesra dan terlalu indah untuk dikenangkan.Tapi kini semuanya telah terpisah jauh.Tanggungjawab sebagai suami isteri, datuk dan nenek serta tugas masing-masing telah membuatkan kita terpisah terlalu jauh.Kita tenggelam dengan usia yang tidak mengenal siapa.Akhirnya semuanya akan lenyap begitu saja menemui illahi.
semoga wujudnya blog ini dapat kita merapatkan kembali sahabat setia bukan kawan setia dan dapat berkongsi bersama pengalaman pahit manis menjadi guru,rumahtangga,kematian yang pernah kita alami Cerita yang pernah dipaparkan bukan untuk bermegah-megah tetapi sebagai sejarah hidup masa silam yang penuh suka duka yang ditempuhi oleh semua insan di dunia ini.
Kita adalah GURU SEJARAH….Kita tulis tentang SEJARAH . Kata pepatah…Yang baik jadikan teladan ,yang buruk jadikan sempadan. Kisah akan datang yang akan saya tuliskan bertajuk Gadis pujaan dari SARDINIA. Selamat membaca………
Benar kita dipertemukan di gayacollege dari segenap pelusuk negeri.Gayacollege merupakan universiti pertama bagi kita semua.Di sini kita belajar erti setiakawan dan kemanusiaan.Setiakawan dan kemanusiaan yang dilahirkan di sini terus mendakap kita sehingga kini. salam
ReplyDelete