Our Chat Room

Sunday, April 25, 2010

SUATU PETANG DI MAKTAB GAYA - 1979

Logo ini menyimpan seribu kenangan tentang kehidupan di Maktab Gaya.
Tentang pensyarahnya
Tentang makanan yang dimakan.
Tentang aktiviti kokurikulum
Aktiviti padang yang selalu aku tak turun.
Waktu kuliah.
Ada waktu ponteng kuliah
Dan ponteng kuliah ada kaitannya dengan ubat batuk.
Tentang pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mimpinya lain.

Aku masih ingat lagi disuatu petang.
Kuliah belum bermula.
Aku berada di koridor.
Menikmati pemandangan hidangan Tuhan.
Ada rakan kelas yang sudah masuk kelas.
Ada yang datang berpasangan.
Tiba-tiba aku disapa oleh gadis Kadazan Ranau.
Gadis manis ini berbaju kurung putih,berkain hitam.
Tidak bertuduh.
Khabarnya(waktu itu) 'vakansi'.

Katanya ketika berhadapan dengan Aku,"Senyumpun mahal".
Aku tidak berkata apa-apa.
Hanya memandang sahaja.
Dia kemudiannya terus masuk ke kelas
Aku hanya mengekorinya dengan ekor mata.
Dan aku tidak pernah berbicara dengannya selepas itu.

Aku hanya berbicara dengannya selepas 30tahun.
Beliau sudahpun menjadi Pengetua yang cukup rajin dan aktif.


Sekian seadanya

Oleh Shakir Md Taha

3 comments:

  1. Macamana blh ingt 30 th yg lepas????? hang makan apa????...

    ReplyDelete
  2. Daya ingatan Tuan Shakir cukup tajam.Dia ingat bila orang lain tak ingat.Dia akan catat di dalam buku catatan supaya dia boleh ingat.Dia akan ingat apa yang dia ingat.Tapi orang tak ingat. Bila teringat maka dilaburkan cerita yang dia ingat.Semua orang boleh ingat........ Ingat jangan tak ingat apa yang anda pernah buat 30 tahun yang lalu!!

    ReplyDelete
  3. Teringat kadang-kadang tersengat.Begitulah jadinya Tuan Salim.Terima kasih Tuan Salim.

    ReplyDelete