Our Chat Room

Sunday, April 11, 2010

Lima Tahun DI SMJK Chung Hwa(1981-1985)



SMJK Chung Hwa sekolah pertama aku mengajar selepas keluar maktab.

Bangunannya di buat daripada batu dan kayu. Bilangan pelajarnya kira 500 orang.
Semasa aku mula mengajar pengetua SMJK Chung Hwa bernama Mr.Chong. Dia tinggal di kuates seorang diri. Kuates cukup dekat dengan sekolah.Berjalan sepuluh langkah sampailah ke sekolah. Keluarganya di Kota Kinbalu
Setiap hari Jumaat dia ke Kota Kinabalu
Aku masih ingat lagi Mr.Chong datang ke rumah.
Bayar gaji.Aku tinggal di rumah sewa bersama dengan Yusof Maulut.
Mengajar bulan Januari.
Bulan Februari dah dapat gaji.
Ini semua kerja pengetua,Mr.Chong.
Bab gaji dia cukup ambil berat
Dia tidak lama di SMJK Chung Hwa kerana dilantik ke baru jawatan di Jabatan Pelajaran Sabah.
Selepas itu Mr.Bernard Chew memangku jawatan ini.
Beliau ada kebun buah-buahan.
Hujung minggu selalu juga dia ajak pergi ke kebun limaunya.
Selalunya Aku pergi dengan Cikgu Zulkifli Tahir,orang Trengganu yang sekarang menetap di Selangor.
Lebih kurang 1 tahun kami dapat pengetua baru.
Seorang perempuan.Puan Chiam Mei Yem namanya.
Sebelum itu beliau menjadi pengetua SMJK St Anthony.
Puan Chiam sangat baiknya orang.Mudah berkira.
Cukup ambil berat soal prestasi murid.
Murid gagal dalam matapelajaran yang dipanggil ke bilik.
Ditanya sebab-sebab gagal.
Ya,Puan Chiam baik orangnya dan mudah dibawa berbincang.
Aku masih ingat lagi ketika hendak balik Semenanjung.
Wang tidak cukup.
Aku jumpa dia dibilik pengetua.
"Petang ni pukul 4 Cikgu pergi ke kedai saya. Berapa ribu Cikgu nak guna"
Aku tergamam dengan soalan itu. Aku nak guna ratus sahaja.Dia tanya ribu.
Dia memang kaya. Ada kebun koko entah berapa beratus ekar. Kebun buah-buahan lagi.
SMJK Chung Hwa punya Jemaah Pengelola Sekolah.
Diketuai oleh Mr.Wong Jit Min.
Beliau cukup perhatian dengan perkembangan sekolah dan prestasi pelajar.
Setiap kali ada kejayaan yang diraih oleh sekolah pasti ada jamuan untuk guru.
Pendek kata sebarang prestasi yang melonjakkan nama sekolah ganjarannya jamuan makan.
Guru-guru yang pulang ke Semenanjung diraikan dengan penuh sungguh.
Suatu kenangan yang cukup manis mengajar di sini.
Suatu kenangan yang sukar dilupakan
Jasa guru cukup dihargai.
Rasanya baru kelmarin Aku mengajar di SMJK Chung Hwa.
Rupanya sudah 30 tahun berlalu!

3 comments:

  1. syabas Tuan Shakir atas kegigihan mengajar d tmpat org jauh dr keluarga prgi menambah bakti terhadap negara.

    ReplyDelete
  2. Aku teringat masa mengajar di SMK Putatan,Kota Kinabalu.Pengetua aku adalah Pn.Normah Gagoh.Bekas Pengarah Pelajaran Sabah.Dia seorang yang baik.Prihatin.Di SMK Putatan masa tu ada seorang bekas Ratu Pesta menuai..Misia Nalu.Murid sekolah ini Tingkatan 5 jadi ratu.Pn. Normah selalu warning aku.Jangan Qau rapat-rapat dgn Misia itu bah..Aku mengajar bersama Syed Husin aledrus..senior kita.Tn zainal selalu ke rumah aku di KK.Dia supply buku teks kat aku.Buku habis duit habis....Itulah kenangan masa di KK.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tuan Zainal sudi komen.
    Terima kasih Tuan Salim Ketunggap sudi baca dan menambah pengalaman Anda di Sabah.

    ReplyDelete