Aku pernah ke Kemabong pada tahun 82,83,84,85
Kemabong kawasan itu kaya dengan kesunyian.
Pada masa itu sekolahnya diperbuat daripada kayu.
Seingat aku guru di situ cukup dedikasi.
Aku masih ingat nama-nama seperti Abdul Aziz dari Kelantan,Nazri,Tarmizi
Tarman(pemangktu pengetua) Cikgu Azmi dan Wak dari Seangor.
Di situ ada rumah guru.
Di belakang rumah ada sungai kecil
Airnya mengalir lesu.
Tapi cukuplah buat mandi.
Aku cukup suka mandi di situ.
Air minum air hujan yang ditadah dan disimpan di dalam tangki.
Ikan laut jarang ada.
Kecualilah kalau turun ke Tenom ataupun kawan-kawan yang bawa dari Tenom.
Kalau tidak kami makan 'ikan' cap ayamlah dan ikan masin.
Tidak ada letrik pada masa itu.
Kemabong kaya dengan pohon-pohon hijau.
Waktu malam Kemabong kaya dengan kesunyian.
Sekali-sekalaWak memecahkan kesunyian malam dengan seruling tuanya.
Malam di Kemabong sentiasa muda bagi kami.
Berbual dan bercerita sampai pagi.
Di sini malamnya penuh dengan nyanyian sang unggas.
Ada bukit yang sentiasa senyum menghijau.
Sekali sekala dapat makan beras huma.
Beras huma,mudah dimasak.
Wangi,
Sedap dimakan,
Lazat rasanya.
Sebelum ke SMK Kemabong biasanya aku singgah di rumah Wak Karta.
Bermalam di situ dan makan malam di rumah Wak Karta yang dibuat daripada pelupuh.
Rumah Wak Karta terletak di tengah sawah padi.
Wak Karta tinggal bersama isterinya.
Khabarnya Wak tidak mempunyai ada. Aku tidak pasti.
Wak Karta selalu ke hutan mencari akar kayu.
Kampung Jelingan Mata, di situlah Wak Karta tinggal.
Nama kampung itu Wak Karta yang namakan.
Jirannya berasal dari Kalimantan.
Sarapan pagi biasanya kopi tumbuk dan ubi rebus.
Wak Karta yang buat kopi tumbuk ini.
Cukup sedap dan lazat.
Ubi dipungut dikebun.
Kalau makan tenghari pastinya Wak akan korbankan ayam kampungnya.
Wak Karta cukup berbesar hati pada tamunya.
Dan akupun cukup senang hati singgah dan bermalam di rumah Wak Karta.
satu memory yg cukup indah kenangan yg tak boleh jual beli & tidak ternilai, sungguh indah kehidupan masa itu, begitu juga dgn aku teringat masa tersebut semasa di Papar Sabah sungguh indah.
ReplyDeletehoi Salim apa diam saja mana cerita lagi?
ReplyDeleteAku telah dimaklumkan oleh Cikgu Nordin Kassim yang kini menetap di Tenom, Wak Karta telah meninggal dunia pada tahun 1998. Al-Fatihah.
ReplyDeleteshakir ... masih ingat aku lagi tak .... che aziz dr kelantan (pemain bola)
ReplyDeleteAku masih ingat Che Aziz dari Kelantan. Terima kasih kerana sudi baca blog ini. As salam.
ReplyDelete