Sungai Padas
Pekan Tenom
Salam Sahabatku Yang Jauh Dimata
Dekat dihati.
Maaf kerana tidak dapat menunaikan janji seperti yang dijanjikan.
Pun begitu aku tetap menunaikan janjiku,seperti lagu guru Malaysia yang kita dendangkan semasa 2 tahun didewan mpg "tunai tetap kita tunaikan"
Aku fikir kau masih tidak lupa dengan lirik lagu itu.
Sejak dua tiga hari ini cuaca tidak menentu.
Musim kemarau sudah berakhir.
Rumput tidak lagi kekuningan.
Air sungai tidak lagi keruh.
Aku cukup arif musim kemarau di Sabah.
Sungai Padas di Tenom airnya mengalir lesu
Air terpaksa dicatu.
Masuk bulan yang ke-empat kami masyarakat Islam di Tenom buat solat minta hujan,
Kami buat di padang Pekan Tenom.
Alhamdulilah esoknya hujan turun tapi tidak lebat.
Cukuplah untuk tumbuhan senyum kembali.
Tanah di huma tidak lagi gersang.
Air tidak lagi dicatu.
Hujung minggu Aku ke Kemabong lagi setelah sekian lama terlantar di Tenom.
Daerah ini masih kaya dengan kedamaian.
Kaya dengan budi bahasa
Kaya dengan pohon-pohon hijau
Kaya dengan kesunyian malam.
Aku sentiasa mengharapkan tempat ini tidak dibunuh oleh manusia yang rakus.
Semoga pohon-pohon terus bertasbih
Burung-burung berterbangan riang ria.
Salam
Shakir Md Taha
sayu membacanya bila kita nak pi Sabah Shakir
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Zainal sudi baca dan memberi komen.Insyallah bulan Jun ni.
ReplyDeleteKeindahan negeri di bawah bayu tiada siapa yang menafikan.Suatu ketika aku pernah ke kampung sugut.Sawah padi luas terbentang hijau menawan.Burung-burung bermain di angkasa. Di situ aku terpikat akan seorang puteri.Dia menjelma seketika sewaktu aku sedang bermimpi. Nun jauh mata memandang beberapa ekor kerbau tidak kira riang membantu tuannya.Aku pernah ke kundasang.cuaca sejuk menusuk tulang.Kebun sayur luas terbentang menampakkan lagi keindahan alam.Banjaran gunung kinabalu lambang kemegahan negeri sabah.Dua kali aku memanjat tubuhmu sehingga ke puncak.Aku tewas di dadamu kerana sejuk dan kaku.Aku akan kembali lagi menatap wajahmu bersama Shakir dan Mamsin di Jun ini.Semoga cintaku terhadap negeri di bawah bayu akan kekal abadi.
ReplyDelete