Cuti belum lagi.
Beduk belum berbunyi.
Ertinya perlu menunggu hari.
Bosan menunggu .
Kuliah sudah tiada.
Cuma perlu tarikh penerbangan balik.
Tiket balik ke Semenanjung sudah diuruskan oleh pihak Maktab.
Kami berpakat balik awal daripada tarikh yang ditetap oleh Maktab.
Flight balik ditetapkan oleh Maktab.
Aku,Mamsin dan Badar setuju 'cabut' awal.
Kami pergi berjumpa dengan kerani bertanyakan hal tiket.
Katanya tiket sudah siap.
Esoknya kami ke Kota Kinabalu jumpa pengurus agensi penerbangan.
Kami berbincang dengan dia dan bersetuju untuk penukar 'flight' lebih awal.
Ada kekosongan katanya. Kami terus ambil.
Kawan-kawan lain tidak mahu ikut serta dengan rancangan kami. Takut pun ada.
Semuanya sudah siap diatur. Petang teksi datang mengambil kami.
Aku,Mamsin,Badar dan Ridzuan terus meluncur dengan teksi ke SMK Sanzac
Dari situ kami keLapangan Terbang Kota Kinabalu.
Pukul 3.00 pagi baru berlepas.
Baru tahun pertama di Maktab,1979.
Untuk sementara waktu kami mengucap
Selamat tinggal 'nasi kawah'
Selamat tinggal daging impot
Selamat tinggal roti mayat
Selamat tinggal pisang emas setengah masak.
Jumpa lagi di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment