Our Chat Room

Thursday, May 13, 2010

Kawanku Salim Dan Facebook

Sdr. Salim yang dirahmati Allah.
Setelah Sdr.menghilangkan diri sekian lama ramai kawan bertanya di mana Sdr.
Dalam facebook tiada kutemui.
Badaruddin,Zainuddin,Mamsin dan ramai kawan bertanya di mana Anda.
Soalan yang tidak boleh Aku jawab.
Tentulah Aku tidak jawab.

Aku masih teringati ketawa hilai anda di LG.
Waktu malam membaca Yaasin.
Tengah malam membaca surat daripada yang tersayang.
Sekarang yang tinggal hanya kenangan.

Aku gembira sekali bila Sdr. mula menulis dalam blog yang diideakan oleh Mamsin danAku sebagai pemacunya.
Menulis dalam blog memang megembirakan dan ada waktunya cukup mencabar.
Seperti biasa aku terima cabaran itu dengan husnulzan.
Itu aku fikirkan suatu kebaikan.
Kita fikirkan yang baik,maka kita jadi lebih baik dan sihat.
Dalam usia menunggu beduk berbunyi banyak kebaikan yang boleh kita lakukan.
Aku fikir Non pun setuju.

Berbalik ke facebook yang aku tidak ketemui wajah Anda.
Kawan lama MPG ada kutemui dalam facebook.
Setelah 30 tahun berlalu rasanya sukar untuk mengenali mereka.
Tapi wajah Sdr.tidak banyak berubah dan mudah dikenali.

Jumpa lagi di Putra Jaya.
Salam.

Shakir Md Taha

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sdr Shakir yang budiman.Aku menulis blog untuk kepuasan diri.Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun mati.Aku lebih suka menulis tentang pengalaman hidup yang pernah aku lalui.Kata pepatah Inggeris, Pengalaman itu guru yang terbaik.Pepatah melayu pula berkata Jangan jadi seperti katak bawah tempurung.Hanya tahu dunia sendiri. Buka minda.Masyarakat Barat maju sebab...mind your own business. Cerita yang aku paparkan tidak ada kena mengena dengan isteri-isteri atau suami-suami orang.Kalau ada yang tak puas hati dgn cerita yang ditulis tolong beredar dari blog ini atau buka blog sendiri..Anda tidak diundang.Kita kenal individu melalui sejarah.Tabahkan hatimu Sdrku Shakir..aku tetap bersamamu.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih Sdr kerana sudi rspon terhadap tulisan saya. Di mana-manapun akan ada individu atau manusia seperti yang saudara sebutkan.Aku masih lagi betapa baik sangkanya almarhum Dr.Burhanuddin Al-Helmi terhadap orang disekelilingnya dengan menyebut 'dia orang kita'. Aku hanya melakukan yang terbaik buat kita semua. Aku percaya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat.Dan kerana itu tidak sedikit pun kegusaran dalam diri. Blog ini sebagai wasilah sahaja. Terima kasih sekali lagi saudaraku Salim diatas sokongan dan dokongan yang saudara ditiupkan.Salam

    ReplyDelete
  4. Salim,Mamsin dan Zainal.Aku telah menganggap sebahagian guru wanita opsyen PIS telah mati dalam ingatan Aku.Tadi bila rakan MPG 79/80 bertanya aku tentang mereka ini,aku kata tak kenalpun.30 tahun suatu jangka yang lama.Kenal mereka ini pun aku bukan ada untung apa.Tak kenalpun bukan rugi apa.Kita bukan nak pergi menumpang di rumah mereka,sorrylah kawan,jauh sekali nak ngurat,kah,kah,kah.Anak dara,andalusia belambak.Banyak yang perasan!Kita manusia yang ada martabat.Lagi pun hampa tahu Aku bukan sembang sangat dengan puak-puak ni.Cuma bila muncul dalam fb bahagian komen tu,kita komenlah. Itupun sekali sekala. Sekian seadanya,kawan-kawan ku.

    ReplyDelete
  5. Tak apa Tuan Shakir kita ada, depa bukan ada apa,,,,.....yg tu ada l...

    ReplyDelete
  6. aku sangat seronak membaca cerita hampa semua,, (semua orang yang berfikiran waras), akan membaca hanya untuk seronak & mengingat masa lampau, kenangan kita dulu, bukan ada tujuan lain... jangan putus asa Tuan Shakir, selagi boleh tulis, tulis,,tulis,,tulis,,,

    ReplyDelete
  7. Ya Tuan Zainal Abdin,aku setuju 100% seperti yang tuan kata.Kita ada,kah,kah,kah,kah,kah.. Tuhan ada.Sapa depa nak warning kat kita,kah,kah,kah.

    ReplyDelete