Our Chat Room

Sunday, May 23, 2010

CERITA SEORANG PENDOA


Ada sebuah kampong nun jauh di pendalaman.
Penduduknya hidup aman damai.
Mereka sentiasa tolong menolong antara satu sama lain.
Kaum lelaki suka membantu sementara kaum perempuan suka menolong.
Terdapat seorang lelaki yang bernama RESTU (tak ada kena mengena dengan siapa-siapa. Mau yang hidup atau yang dah mati).
RESTU sangat rajin ke masjid.
RESTU sangat taat dan sentiasa berdoa kepada ALLAH s.w.t.
RESTU sangat yakin setiap doanya MESTI di mahbulkan oleh ALLAH s.w.t.

Pada satu hari, kampung RESTU didatangi HUJAN yang sangat lebat.
Air hujan naik melepasi tahap berjaga-jaga. (kalau di SEMPORNA berjumpa dengan orang BAJAU LAUT jangan cakap tumpang lalu, bahaya. Nanti tak balik kita. Kita cakap limpas pak)
Amaran dikeluarkan kepada orang kampung supaya berjaga-jaga dan berpindah.
RESTU masih bertahan di rumahnya dan percaya dengan doanya agar ALLAH s.w.t akan melindungi dan menyelamatkannya.
Hujan makin lebat.
Air bah makin naik. (Kalau di Sabah kita sebut banjir. Kalau kita kata bah, dia pun jawab bah kita)
Orang kampung yang mendayung dengan sampan lalui depan rumah RESTU dan mengajak RESTU menaiki sampan mereka ke tanah tinggi.
RESTU kata ”tak apalah. Saya dah berdoa kepada ALLAH s.w.t. Saya yakin ALLAH s.w.t akan tolong saya”.

Air makin naik dan dah sampai ke paras permukaan bumbung.
RESTU memanjat bumbung rumahnya.
Datang bot tentera penyelamat dan ternampak RESTU di atas bumbung rumahnya.
Mereka menjemput RESTU naik BOT PENYELAMAT.
RESTU menolaknya dan berkata kepada mereka ”tak apalah. Saya dah berdoa kepada ALLAH s.w.t. Saya yakin ALLAH s.w.t akan tolong saya”.

Angin ribut kian kuat.
Air makin tinggi.
RESTU kesejukan dan masih berdiri di atas bumbung rumahnya.
RESTU masih berdoa agar pertolongan dari ALLAH s.w.t datang menyelamatkanya.

Tiba-tiba datang heli NURI dari TUDM mencari penduduk yang masih terperangkap.
Heli TUDM tersebut ternampak RESTU di atas bumbung rumah.
Mereka pelawa RESTU naik heli.
RESTU menolak pelawaan mereka dan berkata ”tak apalah. Saya dah berdoa kepada ALLAH s.w.t. Saya yakin ALLAH s.w.t akan tolong saya”.

Ribut makin kuat dan air naik makin tinggi.
RESTU akhirnya mati lemas.
Di alam kubur, apa RESTU akan bertanya dengan malikat yang akan menjalankan tugasnya.
Adakah doa-doanya tidak dimahbulkan oleh ALLAH s.w.t.

Wan Z.

4 comments:

  1. Aku terkejut.Mulanya ingat silap blog.Tidak rupanya.Tahniah Sdrku Wan dengan tulisan anda. Akan bertambah meriah dan cerialah blog kita. Salam.

    ReplyDelete
  2. Tahniah wan kerana berani menulis...ceritanya menarik dan menjadi iktibar kepada kita semua.Ada doa yang dimakbulkan Allah dan ada yang tidak dimakbulkan.Allah lebih mengetahui segala-galanya.Kita perlu berikhtiar dan bukan menyerah bulat-bulat kepada Yang Maha Esa.Segala yang berlaku itu ada penyebabnya.Jangan cari bala.Ikhtiar dulu baru berserah.Harap anda anda dapat terus menulis dan menulis.......

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan Salim. Ada fahaman Jabariah dan Qadariah menyelinap masuk dalam alam fikiran manusia di Alam Melayu ini. Maka beginilah jadinya.Tahniah Wan Z

    ReplyDelete