Kata orang hidup di kotaraya penuh cabaran.Ada yang kata hidup di kota penuh hiburan.Di kota kita bertemu berbagai ragam manusia.Ada orang kaya ada orang miskin.Ada orang kaya harta.Ada orang kaya anak.Ada orang kaya jiwa.Jiwa kita kaya bila kita memiliki hati yang tenang dan tidak resah.Ramai orang keluar mencari ketenangan dan keseronokkan.Ada yang merayau sampai pagi masuk keluar 'clubbing' , karoake, internet cafe, Lake garden, hotel murahan dan mewah..Ada orang mencari kedamaian di rumah ibadat.Buatlah apa saja asalkan kita mendapat ketenangan.Jauhilah unsur-unsur dadah dan jenayah.
Di antara ketenangan jiwa yang paling berkesan apabila kita sayang pada 'nature' atau alam semulajadi.Kajian pernah menyatakan bahawa memelihara atau berdamping dengan binatang kesayangan boleh memanjangkan umur.Ia dapat menghilangkan stress.Di negara-negara yang penduduknya mempunyai jangka hayat yang panjang adalah mereka yang tinggal di kaki bukit atau gunung.Jangka hayat yang panjang juga bagi mereka yang mengambil pemakanan seimbang.Dulu orang mati kerana tidak makan sekarang orang mati kerana terlebih makan.Jagalah pemakanan dan carilah tempat-tempat yang damai yang jauh dari kesibukan kota.
Sesiapa yang ingin suasana sejuk dan jiwa tenangdan damai dikelilingi oleh bukit-bukit dan pepohon yang menghijau serta sungai yang mengalir tenang bolehlah berkunjung ke satu kawasan penginapan berbentuk chalet dengan harga yang paling murah.Kawasannya dingin dan harganya juga murah di sekitar RM30-RM50 sahaja. Sebuah chalet boleh muat sehingga 4-6 orang.Sekiranya ada yang ingin membawa murid-murid sekolah, chalet-chalet dan kawasan persekitaran boleh memuatkan sehingga 60 orang.Amat sesuai untuk camping dan terdapat kolam-kolam ikan dan pohon buah-buahan sekelilingnya serta sebatang anak sungai yang airnya jernih mengalir di kawasan tersebut untuk mandi-manda.Jangan terkejut kerana harganya cukup murah.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment