Our Chat Room

Sunday, May 30, 2010

TAMAM IDRIS


Semalam aku ke daerahmu untuk menghidu suasana angin bukit yang nyaman dan bunyi air sungai yang mengalir tenang di celah-celah batu.Di teratak yang sempit inilah aku merengkok dalam kesejukkan bertemankan unggas-unggas yang bersimpati bersama kesunyian malam. .Bukan. Aku ke sini untuk melarikan diri dari suasana kota yang manusianya terlalu rakus yang tidak tahu hala-tuju.Kini aku cukup tenang menghadapi suasana sunyi dan di sinilah aku dapat menrealisasikan kehidupan yang nyata.
Pagi itu aku berjalan menghala ke sebuah 'pondok Impian' melalui jalan kampung yang agak luas.Di sepanjang jalan itu terdapat sebuah anak sungai yang mengalir lesu.Sesekali kulihat kereta mewah yang memasukki jalan ini.Sesekali aku terlihat rumah bungalow yang tersergam indah tanpa penghuni.Tidak jauh dari tempat ini terdapat perkampungan 'orang Asli' yang hidup serba moden.Mereka tinggal di rumah-rumah yang dibina khas oleh kerajaan.Mereka hidup selesa.
Aku berjalan sehingga sampai ke sebuah lorong yang agak besar dan di depannya tersergam indah sebuah rumah bungalow yang tidak berpenghuni ketika ini.Sesekali di diami oleh tuannya yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal.Aku memasukki lorong tersebut. Di sini terdapat beberapa buah bangunan yang didirikan untuk tujuan penginapan .Kereta-kereta mewah tersadai di depan 'rumah papan' yang suasana lanskapnya dilengkapi taman permainan , sebuah kolam dan juga kolam renang.

Aku disapa oleh seorang lelaki tampan yang bertanyakan sesuatu.Tidak. Aku ingin bertemu dengan Pak Tamam.Di situ aku bertemu dengan Pak Tamam Idris dan isterinya yang yang menguruskan sebuah chalet penginanapan yang dimiliki oleh seorang pereka fesyen terkenal ..Den Wahab.Pak Taman merupakan seorang pelakon bangsawan dan juga filem yang terkenal di sekitar 70an dan 80an.Aku cukup meminati lakonannya yang memiliki kehebatan di arena persilatan melayu.Dia merupakan bapa mertua kepada Den Wahab.Aku pernah menjadi PK1 di sebuah sekolah di KL dan salah seorang anak Den Wahab bersekolah di situ.Den Wahab seorang yang pemurah.Dia akan menghadiahkan kami kain untuk dibuat baju melayu kepada setiap guru di sekolah kami semasa musim perayaan.

Aku dapat berbual mesra dengan Pak Tamam dan isterinya. Menurutnya dia kurang sihat pada masa ini selepas terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar oleh sebuah kereta.Dia begitu mesra berbicara dan sempat bercerita sejarah silam menceburi dunia perfileman. Dia pernah meraih gelaran pesilat terbaik semasa pertandingan silat dizaman kegemilangannya.Kini dia lebih suka berada di Pondok Impian yang terletak di Janda Baik sambil menguruskan perniagaan Chalet yang mendapat sambutan daripada para artis.Di sini dia mencapai kedamaian sambil menghirup udara angin bukit yang nyaman di kelilingi pepohon hijau.

Aku dijamu sarapan nasi goreng bersama teh yang dihidangkan aleh isterinya.Aku berjanji akan bertemunya lagi.
Aku pulang ke tempat penginapanku untuk menuju ke Genting Highland bertemu orang yang tersayang.Kami menetap di Genting Permai pada masa ini.

4 comments:

  1. Salim, boleh kita buat perjumpaan dengan ex-MPG setahun sekali di sini.

    ReplyDelete
  2. Good idea! tapi kita sebarkan dulu pada ex-gaya 3 bulan sebelumnya.Kalau tidak masing-masing ada hal.Kalau aku dgn hang saja minggu depan pun boleh pergi.Lebih-lebih lagi yang begitu commited dgn family dan tugas.Aku takut nanti hanya aku dgn hang saja yang confirm..ha, ha, ha, ha.

    ReplyDelete
  3. Aku akan ikut program hangpa. Dah 3 orang dah. Jangan bimbang mesti ramai yang akan ikut. Buat di mana-mana pun tak apa.

    ReplyDelete
  4. Wan dah setuju.Mamsin Ok.Dah 4 orang.InsyaLlah jagi.

    ReplyDelete