Ku Temui Mereka Hilang Kelmarin
Aku berlari dan mencari mereka
Dari Perlis hingga ke Sabah
Tiada letih,tiada jemu
Di kota tidak kutemui
Tiada juga di desa
Akhirnya kutemui di dalam rumah.
Di kota tidak kutemui
Tiada juga di desa
Akhirnya kutemui di dalam rumah.
Sekali sekala berbicara dengan Mamsin.
Di warong,dihandphon
Di warong panjang bicaranya
Ada sebak,ada sedih
Dan pilu seperti kata Zahari Manan
Tau tak apa kata Siti Salmiah
Yang menjawat jawatan sebagai Pengetua
Dan SMS daripada Shamsuddin Hussein
"Anak aku akan berkahwin"
Shamsuddin mengisi masanya berjualan-nasi lemak
Oh,teringat kata pujangga
Nasi lemak
Buah bidara
Buang emak,buang saudara
Kerana kasih lari ke Lombok.
Wan Zainuddin sekarang semakin aktif di blog PIS
Salim kadang-kadang
Sharinapun jarang-jarang
Aku sedang menunggu Zahari Abd Manan menulis
Sambil menatap sajaknya yang ditulis dalam tahun 1980 bertajuk Aku di sebuah pulau
"Aku di sebuah Pulau
menghayati sebuah kenangan
ingatan yang mendalam
pada kasih yang telah hilang
lenyap bersama irama malam"
(sebahagian daripada yang aku petik)
Tentu sekali Zahari boleh memaparkan kenangan lalu di MPG,Kota Kinabalu
Kenangan yang mengusik jiwa
Zahari banyak cerita.
Cerita yang mengusik, cerita dan kenangan ada kala menjadi sebak dan pilu.
Shakir Md Taha
Bila terpandang wajah Zahari Manan aku masih lagi tidak dapat mengecam wajahnya.Aku cuba untuk mengenang kembali wajahnya yang kacak semasa muda tapi tidak terdaya.Mungkin aku sudah lupa wajahnya tetapi namanya masih terngiang-nyiang di telingaku sehingga kini.Aku cadangkan kepada saudara syakir supaya masukkan gambarnya yang lama supaya kawan-kawan kita yang lupa atau yang sudah nyanyuk sepert aku dapat mengenang kembali nostalgia zaman silam.Tahniah sahabatku Syakir yang dapat mengeratkan kembali perhubungan kita yang telah putus.Kemesraan itu akan lebih terjalin jika kita kekalkan jiwa kita sebagai kita sepeti kita di zaman remaja dulu.Di saat matahari hampir terbenam ini eloklah kita berkumpul kembali kerana selepas itu kita tidak tahu apa yang terjadi.
ReplyDeleteAku usahakan. Gambar Zahari 80an ada dalam simpan aku. Aku akan siarkan. Elok kita berkumpul kembali.
ReplyDeleteelok la amek gambar lama, sbb gambar baru tak muat masuk blog !!!
ReplyDelete