Saturday, April 30, 2011
.: Sesudah Subuh
Kota London,Kota Syurga..(part I)
Waktu'tea-break' adalah masa relax selepas 2 jam mengendalikan sebuah mesin proses side-mirror untuk kereta Jaguar dan Ford di sebuah kilang kereta ..Aku tersenyum sinis bila melihat side-mirror terlekat di sebelah cermin kiri kereta Jaguar yang meluncur laju di Jalan Sultan Ismail semasa pulang bercuti di tanah air .Aku dibantu oleh Mark seorang pemuda Inggeris yang berbadan gempal.Bekerja dengan Mark tidak sunyi. Mark suka bercerita..Mark kaki'enjoy'.Dia seorang pemuda Inggeris yang baik dan peramah.Tanyalah pekerja di sini hampir semua pernah keluar negara.Mark telah beberapa kali ke Thailand. Mark suka berkunjung ke Bangkok tapi shakir suka melawat Yala, selatan Thailand.Shakir melawat saudara Islam yang tertindas disana. John pula selalu ke South Afrika. Buah hatinya berasal dari Cape Town.Ramai juga yang pernah berkunjung ke Malaysia.Sebut saja Penang semua orang tahu. 'Penang tempat menarik ,aku bersuara bangga kepada mereka'.Tempat-tempat di Penang cantik, banyak hotel,motel, restoran dan banyak gedung membeli-belah di sana, 'sampuk Sally tersenyum girang yang datang ke Penang tahun lalu'. Sally gadis Inggeris yang paling cantik di sini.' Oh, Sally senyumanmu berderap jantung hatiku tika itu'.
'Kata pepatah Inggeris, 'experience is the best teacher.' Banyak berjalan membuka minda.Banyak pengalaman juga membuka minda.Itulah golongan muda di sini yang pernah keluar negara sewaktu mereka masih muda remaja mencari pengalaman..Boss aku seorang jurutera bernama Linda berumur sekitar 50an dan masih single kelihatan masih sexy dan menawan juga gemar melancong.Beliau amat memahami karenah pekerja di bawahnya.Seorang yang bijak menyelesaikan masalah dan sanggup membantu sekiranyanya kami menghadapi masalah. Mereka tahu menghormati orang dan hak orang lain.Sikap terbuka dan mempunyai banyak pengalaman membuatkan mereka maju dan terus maju.Di tempat inilah aku bekerja,makan minum ketawa riang membawa pulang wang gaji sebanyak ???pnds kali 7( malaysian rate) selama 5 tahun.Aku adalah pekerja kilang kereta yang mendapat gaji tetap.Selain daripada bonus dan kerja hujung minggu yang di bayar double-paid dan cuti umum dibayar tripple-paid membuatkan hidup di sini agak selesa. Dengan pendapatan yang agak lumayan aku dapat melancong ke Eropah beberapa kali.
Di meja hadapan duduk seorang anak muda berpakaian 'groovy' ala mexican.Orangnya tinggi lampai dan berambut panjang sampai ke bahuDia mudah tersenyum dan mesra dengan siapa saja.Dia ditemani seorang gadis Estonia berambut perang di kenali sebagi June.Mereka berbual di dalam Bahasa Rusia. Pemuda itu berbicara terlalu lembut dan romantik. June terpikat dengan lelaki itu yang gayanya persis seorang model lelaki dari Itali.Aku memanggilnya Mohamed tetapi dia lebih di kenali sebagai Joseph dikalangan pekerja-pekerja di sini. Dia adalah salah seorang pelarian yang menggadai nyawa melintasi beberapa negara bersembuyi di dalam container( Truck) dan akhirnya sampai juga di bumi yang dianggapnya bertuah.
Selepas kejatuhan Taliban oleh tentera Bersekutu ramai orang Afghan yang menjadi pelarian.Ada yang melarikan diri ke Eropah dan Australia dan ramai yang memasukki UK .Atas dasar kemanusiaan mereka diberi perlindungan tempat tinggal dan makanan.Di tempat aku bekerja wujud beberapa kumpulan anak muda Afghan termasuk Mohammed. Kebanyakan mereka telah pun menukar gaya hidup dan nama masing-masing.Yang kaki enjoy hidup berkepit-kepit dengan gadis-gadis Barat.
'Dulu saya seorang muslim yang fanatik,saya hidup dalam kemiskinan sebagai gembala kambing,menanam pokok poppi untuk memproses 'candu' , memakai kopiah dan berpakaian tradisional sepanjang masa.Kami tidak cukup makan.Kami dipaksa mengaji dan membaca Al-Quran sepanjang hari.Kalau tidak ikut perintah kami akan dirotan.Hidup kami tertekanPemakanan yang tidak seimbang menyebabkan saya kurus kering . Siang dan malam saya berdoa pada Tuhan tetapi Tuhan tidak menolong saya. Tuhan tidak adil.Sekarang saya tidak mahu ber Tuhan lagi.Pertama kali saya pijak kaki di Kota London saya terperanjat dan terfikir adakah ini syurga yang saya mimpikan selama ini..Tempat saya hidup macam neraka.Di sini kawan-kawan bangsa Inggeris ramai yang tidak percaya Tuhan tapi mereka hidup bahagia.Mereka tidak pernah berdoa siang dan malam kepada Tuhan.Di sini saya tidak ada makan diberi makan.Tidak ada kerja diberi kerja.Saya menghadapi masalah konflik jiwa tentang dunia nyata.Saya 'confuse' dengan ketuhanan dan kenyataan.
Di Kota London semua ada.Bangunan besar,jalan-raya besar,kenderaan awam hebat dan banyak pub. Orang di sini hidup mewah dan tidak kisah apa orang lain buat.Di tempat saya hidup mereka penuh dengan dendam kesumat. Mereka bersumpah dengan Al-Quran tetapi mereka tidak memahami Al-Quran dan hadis.Bunuh dan dibunuh adalah permainan harian kami .Di sini saya diberi makan dan saya lebih dihormati oleh orang tempatan daripada orang di tempat saya dulu yang kuat beragama.Saya lebih suka tinggal di sini.Saya tidak mahu pulang ke Afghanistan lagi.Dulu bapa saya seorang pejuang mujahidin menentang Rusia.Kami golongan muda bukan berdarah pejuang.Kami ingin merasai kenikmatan hidup di dunia yang nyata bukan angan-angan kosong dan hidup di dalam negara yang tertindas,luah Muhammed sambil diperhatikan oleh June buah hatinya semasa 'break-time' di kantin tempat kami bekerja.Aku dapat merasai betapa kecewa hidupnya dulu semasa penjajahan Taliban dan semasa perang di Afghanistan.Kini semuanya telah berakhir dan dia ingin menjalani kehidupan baru bersama June gadis genit dari Estonia.Baginya June adalah seorang bidadari dari syurga.
Masa 'break-time' selama 30 minit tidak cukup aku mendengar ratapan Mohamed.Aku kerap bertemunya di sini dan kami sering berbicara tentang kehidupan oarang-0rang Islam yang tertindas.Aku cuba untuk menerangkan kepadanya tentang ujian Tuhan terhadap orang Islam dan di syurgalah nanti akan ditempatkan orang Islam yang beramal salih dan ikut perintah Tuhan.Nabi S.A.W juga ditimpa ujian yang lebih hebat sepanjang perjalanan sebagai seorang Rasul.Kebahagiaan bagi umat Muhammad ialah di akhirat nanti.Aku cuba untuk menyakinkannya tentang ujian-ujian Allah yang pernah dilalui oleh para sahabat dan Rasul. Hatinya telah tertutup dan dia telah mendapat syurga di dunia ini.Semoga dia akan mendapat hidayah daripada Allah swt. Ameen.
Petikan Al-Quran:-
' Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanya dengan sesuatu.Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa,karib-kerabat,anak-anak yatim, orang-orang miskin,tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh,teman sejawat,ibnu-sabil dan hamba sahayamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri'( surah An-Nisaa..ayat 36). BERSAMBUNG EPISOD II................................
Friday, April 29, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Buku Tentang Luka dan Duka Muslim Patani
PONDOK TUA BERWAJAH USANG
Monday, April 25, 2011
MENUTUP KEAIBAN ORANG LAIN
Sahabat-sahabat ku ... janganlah kita jadikan blog ini sebagai medan utk kita membuka cerita-cerita negatif tentang rakan-taulan dan sahabat-handai kita ... lets FORGIVE & FORGET. Marilah kita ambil hadith Rasulullah SAW di bawah ini sebagai ikhtibar:
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat.”
Sama-samalah kita renungkan.
Sunday, April 24, 2011
Mari Kita Turun Ke Ladang
YB Dato' Dr.Hamdan bersama Ustaz Kamaruddim
Turun ke lapangan setelah minda diisi dengan teori. Segala yang dipelajari dipraktikan di sini. Tanah dirantau ini cukup subur. Seperti kata pujangga Dr. Hamka tanah di rantau ini adalah secebis tanah daripada sorga. Tanahlah.isyallah ia akan tumbuh. Tanaman yang menggunakan baja organik lebih selamat dimakan dan mampu memelihara kesuburan tanah. Tanah tidak rosak.
Tanah perlu dijaga.
Tanah adalah kita.
Rosak tanah rosaklah jiwa raga kita.
Menaman sayur-sayuran dan buah-buahan dengan baja yang kita hasil dapat mengurangkan kos belanja dapur. Makanan lebih lazat. Sayur lebih sedap dan ranggup. Persekitaran lebih bersih dan ceria.
Anda pasti mendapat hembusan udara segar dari pohon-pohon yang ditanam. Mata lebih bercahaya dan terang dengan melihat daun-daun yang menghilau.
Kita tidak menggunakan racun dan bahan kimia yang merosakan alam sekitar. Ini bagi memastikan tidak berlakunya kemudharatan kepada makhluk dan alam sekitar.
Sebagaimana yang disabda oleh Rasullullah s.a.w. "La dharara wa la dhirara".
Oleh Shakir Md Taha
shakirtaha@gmail.com
Thursday, April 21, 2011
Harganya hanya RM9.90 sen
Suatu hari nasib tidak menyebelahi aku. Malang sungguh petang itu.Hasrat hati untuk keluar menjemput bini yang bekerja di MayBank Sinsuran disekat oleh sebuah kereta Toyota putih milikAl-Tipuing lalu tersadai di belakang keretaku.Sambil keluar gaya seorang ahli korporat(bukan keparat) dia terus menyerbu ke arahku. 'Berpuluh kali aku mai cari hang.... tapi tak pernah jumpa', Shahrun Al-Tipuing bersuara dengan nada geram..Aku tergaman.Aku berdolak-dalik memberi penjelasan.Tapi melalui raut wajahnya dia tahu aku tidak bercakap benar'.Aku ada bawa 'bekas air' yang hang pesan hampir sebulan, sambil menghulurkan bekas air kepadaku'.Aku ada bawa macam-macam kalau hang berminat,sambil menunjukkan barang-barang di dalam bonet keretanya. 'Nak hutang bayar sikit-sikit pun ta apa..,nak bayar cash pun boleh,suaranya sedikit merayu.Untuk tidak menghampakannya aku pun order satu barang.
'Aku nak bekas air dan berapa harganya?,tanyaku.'Harga RM9.90.'Takkan 10 kali mai rumah hang hang cuma beli RM9.90 sen sahaja, "Duit minyak aku pun tak lepas',keluh Shahrun Al-Tipuing meminta simpati.Dia agak kecewa cuma dapat RM9.90 dan untuk isi minyak kereta pun tak lepas.
Petang itu aku kena keluarkan juga RM9.90. Dia memujukku berkali-kali untuk membeli lain-lain barangan yang dia bawa tapi aku menolak dengan berbagai-bagai alasanDia berjanji akan membawa satu barangan istimewa yang tidak terdapat di kedai hanya melaluinya.Sejak itu berkali-kali dia ke rumahku,aku meloloskan diri dan senyap di dalam bilik seolah-olah rumah itu tiada penghuni.Dia pasti maki hamun dan di dalam hatinya berkata,'celaka, siang-siang pun dok peluk bini sampai tak ingat dunia. Siang-siang peluk bini dapat pahala tapi kalau jual barang tipu orang dosa besar.Kalau tak percaya tanya Tuan Shakir atau Tuan Badar member baik Shahru Al-Tipuing......
Lebih 30 tahun aku tidak berjumpa dengan Shahrun Al-Tipuing.Mungkin dia dah jadi 'Toke Besak'..........atau bergelar Dato Shahrun Al-Tipuing.